31 July 2011
Selamat Menyambut Ramadhan
Jawatankuasa Persatuan Taman Kembara 1 dan KRT Taman Kembara mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Semoga ibadah puasa kita tahun ini menambahkan ketakwaan dan diampunkan dosa kita oleh Allah S.W.T. insyaAllah.
Majlis Bersama Anak Yatim - Penghargaan kepada Warga Kerja
Jawatankuasa Persatuan dan KRT Taman Kembara 1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Penyertaan kali ini dari semua penduduk Taman Kembara 1, Taman Kembara 2 dan Taman Kembara bersebelahan merupakan satu petunjuk bahawa kerjasama yang erat mampu kita jalinkan sesama penduduk dan sesama jiran taman bersebelahan. Banyak manafaat yang akan kita perolehi sekiranya kita bersatu padu dan saling bantu membantu.
Sekali lagi pihak Jawatankuasa taman kembara 1 merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kali ini. Semoga sedikit usaha dari kita akan sentiasa mendapat keredaan dari Allah.

29 July 2011
Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk Taman Kembara 1 Kali ke 3, 2011
Merujuk perkara di atas, ingin dimaklumkan, persatuan Penduduk Taman Kembara 1 akan mengadakan mesyuarat pada tarikh dan masa seperti dibawah :
Tarikh/Hari : 24 Julai 2011/Ahad
Masa : 9.15 Malam
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1
Kehadiran adalh diwajibkan kepada semua ahli jawatankuasa Persatuan bagi memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.
Sekian Terima Kasih
Yang menjalankan tugas
Setiausaha
Gambar sekitar mesyuarat tersebut.

Minit mesyuarat yang lepas |
Persediaan sebelum bermula |
Chairman dan start dah |
Wakil kuat dari wanita |
Mesyuarat KRT Zon 1 Parlimen Kapar
Mesyuarat telah diadakan untuk KRT Zon 1 Parlimen Kapar di Pusat Komuniti KRT Taman Kembara Jalan Genting. KRT Zon 1 merangkumi satu kawasan KRT yang besar dengan jumlah keseluruhan 18 KRT. Bermula dari KRT Pekan Kapar sehinggalah KRT cempaka sari dan KRT Sultan Sulaiman.
Mesyuarat kali ini merupakan satu sesi memperkenalkan pengerusi tiap KRT. Pelbagai isu telah diperbincangkan dan diminit untuk dibentangkan pada mesyuarat akan datang.
KRT Taman Kembara Jalan Genting mengalu-galukan kedatangan semua pengerusi KRT dari zon 1 dan megucapkan terima kasih kerana memilih KRT ini untuk mengadakan mesyuarat.

Kedatangan semua wakil KRT zon 1 |
Kata aluan dari Pengerusi KRT Zon 1 |
Majlis bermula |
27 July 2011
Mercu Tanda Taman Kembara 1
Tahniah kepada Biro Kebersihan dan Reakrasi Taman Kembara 1 kerana telah berjaya menyiapkan hampir 90% projek Mercu Tanda Taman Kembara 1. Usaha penat lelah wang ringgit terbayar dengan terbinanya mercu tanda ini. Kepada semua penduduk dan pelawat yang hadir di taman ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri mercu tanda ini.
Mercu tanda |
23 July 2011
Majlis Yassin & Tahlil bersama Anak Yatim
Majlis Yassin & Tahlil Bersama Anak-Anak Yatim
Majlis yang diadakan pada 16 dan 17 July 2011 untuk meraikan anak anak yatim dan seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.
Aturcara majlis-170711
Laporan ini akan dikemas kini lg. Tunggu untuk bahagian seterusnya
Majlis yang diadakan pada 16 dan 17 July 2011 untuk meraikan anak anak yatim dan seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.
Aturcara majlis-170711
2.00PM-2.30PM
Kehadiran Jemputan, Anak-anak Yatim dan jemputan khas.
Kehadiran Jemputan, Anak-anak Yatim dan jemputan khas.
2.30pm-3.00pm
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis - Ustaz Hafiz
Bacaan Doa - Ustaz Azami Tohet
Persembahan anak-anak Taman Kembara 1
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis - Ustaz Hafiz
Bacaan Doa - Ustaz Azami Tohet
Persembahan anak-anak Taman Kembara 1
3.00pm-3.50pm
Ucapan Dari Pengerusi Persatuan & KRT Taman Kembara En. Shamsuddin Pilus
Ucapan Dari Wakil sekolah Wakil Sekolah SKRP (Badan Jiwa Murni) - Puan Norhana
Ucapan Dari Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Klang En.Fakrorazi
Ucapan dan merasmikan Majlis Yassin & Tahlil bersama anak –anak yatim.
Dato Haji Abdul Rahman Palil - ADUN Sementa
3.50pm- 5.00
Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim
Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim
Bacaan Yassin & Tahlil di imamkan oleh Ustaz Azami
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Azami Tohet
Jamuan Petang
Majlis bersurai
Seawal 8 pagi kaum wanita sudah memulakan tanggungjawap mereka |
Gotong royong bersih taman, susun kerusi dan menghias khemah |
Lapik perut sementara menunggu majlis |
Ketibaan VIP Dato Hj Abd Rahman Palil |
Dato bersama anak anak yatim |
Perarakan kompang VIP ke khemah |
Barisan VIP bersama hadirin |
Ucap tama dari MC majlis yg bahagia Ust Hafiz |
Ucapan dari pengerusi KRT taman kembara |
Ucapan dari Dato Abdul Rahman bin Palil ADUN Sementa |
Persembahan nasyid oleh anak anak kembara 1 |
Penyerahan sumbangan oleh Dato |
Makan time |
Laporan ini akan dikemas kini lg. Tunggu untuk bahagian seterusnya
Al-Fatihah
Takziah diucapkan kepada En. Halim dan keluarga yang berada di nomber rumah 38 dengan pemergian ibu mertua beliau pada 20 July 2011. Semoga roh ibu mertua beliau dicucuri rahmat oleh Allah.
17 July 2011
Majlis Yassin & Tahlil bersama Anak Yatim
Majlis Yassin & Tahlil Bersama Anak-Anak Yatim
Majlis yang diadakan pada 16 dan 17 July 2011 untuk meraikan anak anak yatim dan seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.
Aturcara persediaan-160711
2.00 ptg - 8.00 malam - Peyembelihan lembu aqiqah dan penyediaan daging untuk tujuan memasak bersama dengan biro wanita. Biro kebersihan dan rekreasi akan memasang khemah dan sedikit gotong royong membersihkan taman akan dijalankan.
Untuk tujuan rewang, biro wanita akan menyediakan bihun sup tulang dan akan dijadikan makan malam untuk semua yang hadir membantu.
Kehadiran amat meriah sekali dengan rakan rakan dari Kembara 2 dan kembara bersebelahan datang besama sama membantu menjayakan majlis ini. Pada lewat malam, sedikit BBQ kerang dan ikan tujuan sekadar untuk bersantai turut diadakan untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Lembu utk diaqiqahkan |
Lembu sedang ditumbangkan |
Sembelihan |
Kerja kerja melapah |
Siat daging tu elok elok ...jgn siat jari dah la |
Persediaan dari kaum wanita |
Tulang untuk sup |
Sup untuk rewang malam ni. |
Menikmati sup |
Hadirin dari kembara 1, 2 dan kembara bersebelahan |
kerang |
06 July 2011
MEMO MESYUARAT
Mesyuarat Khas Majlis Yassin & Tahlil Bersama Anak-Anak Yatim
Merujuk perkara diatas, ingin saya maklumkan, kawasan rukun tetangga Taman Kembara akan mengadakan mesyuarat pada tarikh dan masa seperti dibawah:
TARIKH : 08 Julai 2011 (Jumaat malam sabtu)
MASA : 9.15 Malam
TEMPAT : Pusat Komuniti Taman Kembara 1
Kehadiran wajib bagi semua jawatankuasa KRT.
Naib Pengerusi KRT Taman Kembara, Jalan Genting, Rantau Panjang, Klang

Subscribe to:
Posts (Atom)