24 March 2011

Kelas Metamatik Kembara 1

Kelas Metamatik Kembara 1 pada minggu ini dibatalkan:

Tarikh: 25 March 2011 (Jumaat Malam Sabtu)
Masa:   9.30-10.30 Malam
Tempat: Pusat Komuniti Kembara 1

Maklumkan kepada semua. Dibawah ini disertakan kerja rumah. Jawapan akan dibincangkan pada kelas yang akan datang. Sila klik untuk dimuat turun.

23 March 2011

Sijil Pendaftaran
Persatuan Penduduk Taman Kembara 1,Jalan Genting 3/KU4 ,
Rantau Panjang, Klang Selangor


Posted by Picasa

20 March 2011

Sekitar Forum Perdana Hal Ehwal Islam


Alhamdulillah, telah berlalu sudah forum Perdana Hal Ehwal Islam pada 19/03/2011. Tajuk yang dibincangkan ialah Ujian, Dugaan dan Bala Allah. Ahli Forum memberikan suatu perbincangan yg bertenaga mengupas setiap aspek dari pelbagai sudut tajuk tersebut. Walaupun forum bermula agak lambat, namun tak terasa masa berlalu sehingga tamat jam sekitar 11.30 malam.
Diharap forum perdana seperti ini dapat memberi manafaat yg berguna kepada yg menyampai dan yang mendengar semoga kita semua di ampuni oleh Allah.
Terima kasih kepada semua yg terlibat. Penceramah yg hadir, AJK Taman Kembara 1, JKKK batu 4 dan MPK yg bertungkus lumus menjayakan Forum Perdana kali ini.
InsyAllah kita akan bertemu lagi.

Penyediaan pentas
Suasana 
Ahli Ahli Panel
Hadirin Muslimin
Hadirin Muslimat
Ahli panel sedang menjamu selera setelah selesai Forum

AJK kembara 1 sebagai petugas wanita

Barisan AJK kembara 1 sebagai petugas petugas.

15 March 2011


Jom ramai-ramai ikuti Forum Perdana Hal Ehwal Islam,InsyaAllah sedikit sebanyak dapat kita pelajarinya.
Kepada Ketua Kampung dan JKKK kg batu 4 ,terima kasih kerana memilih kami menjadi tuan rumah.
Posted by Picasa

13 March 2011

Mini Sukan Kembara 1

Mini Sukan Kembara 1 - 13 March 2011


Jangan Lupa semua...jumpa kat padang permainan....
enjoy.......

11 March 2011

Mercu tanda kembara 1 - The making

Mercu tanda kembara 1 merupakan salah satu projek tahun 2011 dari dan utk semua penduduk kembara 1. Satu projek usaha sama dari semua penduduk baik dari segi idea, lakaran asal, bahan bahan binaan, penyediaan tapak, keringat dan kata kata semangat.  Sedikit demi sedikit pelbagai usaha digemblengkan bersama.
Mari kita saksikan sedikit coretan gambar pembinaan tesebut.










Kelas Metamatik Kembara 1

Kelas Metamatik Kembara 1 pada minggu ini dibatalkan:

Tarikh: 11 March 2011 (Jumaat Malam Sabtu)
Masa:   9.30-10.30 Malam
Tempat: Pusat Komuniti Kembara 1

Maklumkan kepada semua

07 March 2011

Sekitar Gotong Royong Perdana Kembara 1

Gotong Royong Perdana Kembara 1 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad 06 March. Semua penduduk memberi komitmen yg baik dgn menyertai setiap tugasan yg telah disediakan. Terima kasih kepada semua. 

Taklimat dr setiausaha persatuan penduduk

Berdoa dulu

Acara ini dimulai dgn sedikit taklimat dari Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Penduduk dan doa selamat dr Ustaz Azami. Semua penduduk yg hadir kemudiannya dibahagikan kepda 2 kumpulan. Kumpulan ini mewakili blog kanan dan kiri. Seterusnya penduduk bergerak ke bahagian depan taman utk memulakan gotong royong ini. 


Membersihkan rumput ditepi longkang dan didalam
Jauh pandang chip. 

Amik angin dulu, takut nanti dah panas angin tak cukup pulak
Brother ni tarak kira. Semua ludang longkang dia korek
Teruskan usaha


Apa yg tgk tu...


Terima kasih kepada semua yg hadir pada majlis anjuran persatuan. Terima kasih jugak kepada MPK kerana menyediakan 2 buah lori utk mengangkut semua sampah sampah yg telah dikumpulkan. MPK turut menyediakan peralatan sokongan sepeti penyapu, penyedok, skop dan cangkul. 
Terima kasih sekali lg kepada yg hadir.

02 March 2011

Mesyuarat Urus Setia Mini Sukan

Mesyuarat Urus Setia utk mini sukan telah diadakan di Pusat Komuniti taman pada 2 Feb 2011. Pelbagai agenda telah dibincangkan sebagai persediaan Mini sukan nanti. Antaranya termasuklah acara acara yg akan dipertandingkan, hadiah, persiapan majlis, lantikan AJK AJK bantuan dan byk lg agenda penting.
Borang pendaftaran akan diedarkan dlm tempoh terdekat dan semua penduduk diminta utk mengembalikan borang tersebut selewat lewatnya pada 5 Feb 2011.
Marilah sama sama kita menjayakan mini sukan taman kita kali ini.

01 March 2011

Takwim Aktiviti Taman Kembara 1 (2011)



Takwim tahunan Taman Kembara 1 telah dikeluarkan. Takwinm ini merangkupi semua aktivit utama taman kita sepanjang 2011. Semua penduduk dapat turut serta dalam semua aktiviti tahunan ini agar semangat satu kembara satu dapat disuburkan. Semoga kejiranan kita dapat mengenal satu sama yg lain dan dapat bermesra diantara kita.

Sila klik jadual diatas utk dimuat turun ke PC anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...