26 July 2013

Program Ramadan - Pelita

Pihak AJK PPTK1 memulakan program memasang pelita minyak dihadapan pintu masuk ke Taman Kembara 1. Sebanyak 30 buah pelita dipasang di pagar sebelah dalam kawasan taman. Program ini telah dilaksanakan pada malam 25hb July yg lepas. Masih byk kawasan yg boleh diterangi dengan pelita sekitar taman Kembara 1. Pihak AJK taman mengalukan semua bentuk idea dan derma bg memeriahkan sambutan Syawal yg akan menjelang tiba.
Sekalung penghargaan kepada semua yg terlibat memasang pelita dan terima kasih kepada jiran kita, En Zukeri yg menjadi sukarela utk menyalakan pelita setiap malam. 



 

Program Ramadan - Agihan bubur lambuk

Program memasak dan mengagih bubur lambuk telah berjaya dilaksanakan. Sekalung tahniah kepada Biro Wanita PPTK1 kerana usaha keras biro bagi menjayakan program kali ini. Dan kepada AJK PPTK1, yg sedia turun bersama membantu, diucapkan terima kasih. 
Bubur lambuk telah diagihkan ke hampir 80 buah rumah dalam Taman Kembara 1 dengan setiap rumah memperolehi satu mangkuk. Inshaa Allah kita akan teruskan program ini utk tahun hadapan dengan lebih lg agihan akan diberikan. Kami juga mengalukan sebarang derma infak utk tujuan menambah juadah utk program tahun hadapan.
Semoga sedikit usaha murni kita ini, diberkati Allah dgn limpahan kurnia pahala lebih lg di bulan mulia ini.

Satu kembara satu komuniti,

Pengerusi PPTK1. 







18 July 2013

Memo Mesyuarat - Bubur Lambuk & Sambutan Aidilfitri 2013

Semua AJK PPTK1 dijemput hadir ke mesyuarat PPTK1

Tarikh : 20 July 2013 / Sabtu
Masa : 10.00 pg
Tempat : Pusat Komuniti PPTK1. 

Kehadiran diwajibkan kepada semua AJK PPTK1. 

Surat memo jemputan mesyuarat telah diedarkan. 


16 July 2013

Selamat Menyambut Ramadan 2013

Pihak PPTK1 mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan tahun ini kepada semua penduduk dan ahli ahli PPTK1. InshaaAllah Ramadan kali ini memberikan kita lebih kekuatan utk beribadah dan bertaubat kepada Allah SWT. Semoga kita semua beroleh keampunan dan balasan pahala dari Allah. InshaaAllah. 


26 June 2013

Majlis Yassin & Tahlil Taman Kembara 1

Semua ahli PPTK1 dijemput hadir.

Tarikh : 29 Jun 2013 / 20 Sya'ban 1434
Hari : Sabtu
Lokasi : Pusat komuniti PPTK1
Jam : 7:00 Ptg - 10mlm

Nama nama arwah boleh diserahkan kepada biro agama selewatnya hari Jumaat 28hb Jun 2013. 

Ahli diminta mengambil wuduk dahulu, membawa sejadah dan sedikit juadah makanan. 

Jawatankuasa PPTK1, mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua ahlu yg dapat hadir mejayakan majlis ini. 





10 June 2013

Memo - Kelas Tajwid

Kepada semua ahli biro wanita. 

Merujuk kepada perkara diatas, pihak AJK biro wanita memaklumkan kepada semua biro wanita PPTK1 bahawa pihak biro akan memulakan kelas tajwid. 

Pengajar - Kak Nab
Masa       - 3.00 ptg - 4.30 ptg
Hari        - Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat
Lokasi     - Pusat Komuniti Taman Kembara 1
Bayaran  - Akan diumunkan kemudian

Kepada semua yg berminat,sila daftarkan nama anda kepada ketua /penolong blog masing masin sebelum 12/6/2013 (Rabu)

4 bilik - Puan Hasnah/Puan Siti Khalijah
3 bilik - Puan Siti Hasnah/Puan Maryani
2 tinglat - Puan Che Gayah/Puan Horhafizah

Kerjasama dari semua ahli biro wanita PPTK1 amatlah dihargai bagi menjayakan aktiviti yg akan dijalankan. 

Sekian terima kasih. 

Zarina Binti Mohd Daham
SU + Bendahari Biro Wanita PPTK1.



17 May 2013

Memo - Gotong Royong Taman Kembara 1

Kepada semua Penduduk Taman Kembara 1

Gotong Royong Taman Kembara 1

Tuan/Puan

Salam perpaduan salam 1 Malaysia dan salam 1 kembara 1 komuniti.

Merujuk kepada perkara diatas, ingin dimaklumkan bahawa jawatankuasa persatuan penduduk Taman Kembara 1akan mengadakan Program Gotong Royong pada :

Tarikh : 19hb May 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran semua ahli/penduduk adalah amat diharapkan bagi memastikan perjalanan program gotong royong ini dapat dijalankan dengan lancar. Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih atas perhatian, kerjasama dan kehadiran tuan/puan. 

Yang menjalankan tugas
NORAZMI ISMAIL
Pengerusi
Persatuan Penduduk Taman Kembara 1












Memo Mesyuarat

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PPTK1 Kali Ke 2

Merujuk kepada perkara diatas dimaklumkan bahawa PPTK1 akan mengadakan mesyuarat AJK pada

Tarikh : 17 hb May 2013
Masa : 9:30 mlm
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran adalah diwajibkan bagi memastikan perjalanan mesyuarat ini dapat dijalankan dengan lancar. 

Sekian Terima kasih

Yg menjalankan tugas.

Mohamed Suhairi Mohamed Ismail
Setiausaha PPTK1.

12 May 2013

Jemputan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Hari : Sabtu Malam Ahad
Tarikh : 11.05.2013 bersamaan dengan 1 Rejab1434H
Masa : 9.00 malam
Rumah : En Norazmi Bin Ismail (No, 68)

Diharap semua rakan muslimin & muslimat Taman Kembara 1 dapat menghadirkan diri dan menjayakan majlis ini.

Yang menjalankan tugas,

Ust Azami Tohet



Malam Silaturrahim 2013

Program ini merupakan program pertama takwin PPTK1 bagi sesi 2013/2015 dan dianjurkan sepenuhnya oleh PPTK1. Anjuran malam silaturrahim ini adalah bertujuan utk mengeratkan hubungan diantara setiap ahli PPTK1.
Alhamdulilah penyertaan utk program pertama ini sungguh memberansangkan.
Program ini dilaksanakan :

Lokasi - Pusat Komuniti PPTK1 dan padang permainan
Tarikh - 30hb April 2013
Waktu - 8.00 mlm sehingga 12 tgh mlm

Aturcara Majlis
7.00mlm - 7.45mlm - Jawatankuasa menyediakan tapak majlis.
                                       Jawatankuasa menunaikan solat magrib

7.45mlm - 8.00mlm - Kehadiran dan pendaftaran ahli PPTK1
                                        Kehadiran tetamu jemputan

8.00mlm - 8.35mlm - Ucapan oleh pengerusi majlis - Ust Hafiz
                                        Bacaan doa - Ust Azami Tohet
                                        Ucapan Pengerusi PPTK1 - En Azmi Ismail
                                        Penyampaian sumbangan Khairat kematian kepada En Hakim
                                        Disampaikan oleh - Ust Azami Tohet, Pengerusi Biro Agama

8.30mlm - 8.45mlm - BBQ disediakan untuk jamuan makan malam

8.45mlm - 9.15mlm - Solat Isyak

9.20mlm - 11.45mlm - Aturacara disambung semula
                                      - Permainan utk kanak kanak
                                      - Karaoke

12mlm                          - Penutup

Sebanyak 5 stesen makanan disediakan untuk memudahkan setiap peserta mendapatkan makanan. Stesen stesen tersebut ialah
a. Stesen 1 - Kambing Golek
b. Stesen 2 - Ikan, sosej, ayam dan kerang bakar.
c. Stesen 3 - Teh tarik, Cendoi, Sirap limau, dan buah tembikai.
d. Stesen 4 - Nasi goreng, air asam

Secara keseluruhan, penyertaan untuk program pertama ini sungguh meriah. Tahniah kepada semua AJK yg terlibat menjayakan projek ini dari mula penyediaan kertas kerja, meeting, dan seterusnya perlaksanaan program. Jutaan penghargaan kepad biro wanita yg telah bertungkus lumus dari awal pagi menyiapkan beberapa menu tambahan. Kali ini penyertaan dari biro wanita sangat sangat baik dan diharapkan dapat diteruskan utk setiap program sepanjang sesi 2013/2015. Tahniah kepada semua.

Akhir sekali pihak AJK PPTK1 mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PPTK1 yang hadir memeriahakan program PPTK1 kali ini.











19 March 2013

Mesyuarat Jawatankuasa PPTK1 Sesi 2013/2015

Mesyuarat pertama ahli jawatan kuasa PPTK1 yg telah dilantik untuk sesi 2013/2015 telah dilansungkan pada :

Tarikh : 15hb Mac 2013
Masa : 9:00 Mlm
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Agenda Mesyuarat 
1. Kehadiran Jawatankuasa
2. Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kembara 1 Jln Genting, Rantau Panjang Klang.
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PPTK1
4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan kewangan PPTK1.
5. Loparan Aktiviti PPTK1.
    a. Pembentukan Biro & penerangan tugasan biro
    b. Pelantikan Jawatankuasa setiap biro
    c. Takwin Tahun 2013 PPTK1
   
6. Perkara berbangkit/usul
7. Hal hal lain
8. Penangguhan mesyuarat.

Pembentukan Biro
1. Biro Agama & Kebajikan
Ketua Biro : Ustaz Azami Tohet.

2. Biro Wanita
Ketua Biro : Puan Zurina Yaacob

3. Biro Kewangan
Ketua Biro : En Shamsudin Pilus

4. Biro Sukan, Reakrasi dan Kebudayaan
Ketua Biro : En Mohamad Halimi Mat Ali

5. Biro Keselamatan
Ketua Biro : Mohd Syukri Razali

6. Biro Keindahan dan kebersihan
Ketua Biro : En UmarYahya Moin

7. Biro Perbendaharaan
Ketua Biro : Ustaz Muhammad Hafiz Haji Damanhuri

8. Biro IT & Penerangan
Ketua Biro : En Mohamed Suhairi Mohamed Ismail

Takwin Tahun 2013 PPTK1
Beberapa program telah dirancang utk sepanjang 2013 ialah :
1. Hari keluarga PPTK1
2. Gotong Royong
3. Majlis Aidilfitri PPTK1
4. Kempen derma darah & pemeriksaan kesihatan
5. Mingu Perpaduan Taman Kembara 1
6. Sambutan Maulidur Rasul
7. Sambutan Hari Kanak Kanak








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...