19 March 2014

Majlis Kesyukuran - Undangan En. Muhamad Ridzuan & Pn. Roszana

Undangan majlis kesyukuran daripada rumah yang beralamat di No. 47 TK1 pada hari Ahad, 23hb March 2014 bersamaan 21 Jamadilawal 1435 Hijrah.  Aturcara majlis bermula dari 11.00 pg ke 5.00 ptg. Marilah kita sama-sama meraikan jemputan dari En. Muhamad Ridzuan dan Puan Roszana ini.


17 March 2014

Doa Untuk Saudara Azmi

Taman telah dikejutkan dengan kehadiran sebuah Ambulans sekitar pukul 1.45 ptg hari ini. Kehadiran ambulan tersebut sebagai maklum balas daripada panggilan kecemasan yang telah dilakukan oleh En. Khassim lebih kurang pada pukul 1.20 ptg. Panggilan kecemasan yang dilakukan oleh En. Khassim adalah kerana jiran sebelah kanan rumah beliau iaitu En. Azmi telah mengadu sesak nafas dan sakit dada. En. Azmi merupakan Pengerusi PPTK1 pada ketika ini. 
15 minit kemudian, Ambulan tersebut bergerak meninggalkan taman menuju ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang. Disana, beliau telah dimasukkan ke Zon Kritikal dibawah pengawasan intensif doktor. Beberapa ahli keluarga beliau, termasuk isteri beliau Kak Ida, anak anak beliau, ibu, abang dan adik beliau kelihatan berada di pintu luar zon kritikal tersebut. Terdapat beberapa orang penduduk dari TK1 turut bersempatan untuk melawat beliau hari ini.  Beliau diberitakan masih mampu bersembang dan mengukir senyuman walaupun diletakkan di Zon Kritikal. Setelah agak stabil, beliau dipindahkan ke wad 8A di hospital yang sama. Sehingga posting ini ditulis, En. Azmi masih berada di wad 8A, Hospital Ampuan Rahimah Klang. 
Sebagai orang Islam dan ahli PPTK1, marilah bersama kita berdoa meminta keampunan dari Allah agar En Azmi dikurniakan kesembuhan dan kesihatan dengan segera dan dipermudahkan oleh Allah SWT apa jua urusan beliau dan keluarga beliau pada ketika ini.





13 March 2014

Jerebu di TK1

Keadaan jerebu melanda lembah Klang pada ketika ini. Taman Kembara 1 turut dilanda jerebu dan pada pagi ini, jerebu dilihat agak tebal berbanding dengan hari sebelumnya. Kepada semua penduduk TK1, sila berada didalam rumah dan kurangkan aktiviti diluar. Gunakan topeng mulut jika berada diluar. Bersama sama kita berhati hati berhadapan dengan masalah jerebu.  Jika terdapat simton simton yang menganggu pernafasan, sila dapatkan rawatan di pusat rawatan yang terdekat. 
Sedikit suasana yang sempat dirakam pada pagi ini sekitar 8:00 pagi.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...