26 July 2013

Program Ramadan - Pelita

Pihak AJK PPTK1 memulakan program memasang pelita minyak dihadapan pintu masuk ke Taman Kembara 1. Sebanyak 30 buah pelita dipasang di pagar sebelah dalam kawasan taman. Program ini telah dilaksanakan pada malam 25hb July yg lepas. Masih byk kawasan yg boleh diterangi dengan pelita sekitar taman Kembara 1. Pihak AJK taman mengalukan semua bentuk idea dan derma bg memeriahkan sambutan Syawal yg akan menjelang tiba.
Sekalung penghargaan kepada semua yg terlibat memasang pelita dan terima kasih kepada jiran kita, En Zukeri yg menjadi sukarela utk menyalakan pelita setiap malam. 



 

Program Ramadan - Agihan bubur lambuk

Program memasak dan mengagih bubur lambuk telah berjaya dilaksanakan. Sekalung tahniah kepada Biro Wanita PPTK1 kerana usaha keras biro bagi menjayakan program kali ini. Dan kepada AJK PPTK1, yg sedia turun bersama membantu, diucapkan terima kasih. 
Bubur lambuk telah diagihkan ke hampir 80 buah rumah dalam Taman Kembara 1 dengan setiap rumah memperolehi satu mangkuk. Inshaa Allah kita akan teruskan program ini utk tahun hadapan dengan lebih lg agihan akan diberikan. Kami juga mengalukan sebarang derma infak utk tujuan menambah juadah utk program tahun hadapan.
Semoga sedikit usaha murni kita ini, diberkati Allah dgn limpahan kurnia pahala lebih lg di bulan mulia ini.

Satu kembara satu komuniti,

Pengerusi PPTK1. 







18 July 2013

Memo Mesyuarat - Bubur Lambuk & Sambutan Aidilfitri 2013

Semua AJK PPTK1 dijemput hadir ke mesyuarat PPTK1

Tarikh : 20 July 2013 / Sabtu
Masa : 10.00 pg
Tempat : Pusat Komuniti PPTK1. 

Kehadiran diwajibkan kepada semua AJK PPTK1. 

Surat memo jemputan mesyuarat telah diedarkan. 


16 July 2013

Selamat Menyambut Ramadan 2013

Pihak PPTK1 mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan tahun ini kepada semua penduduk dan ahli ahli PPTK1. InshaaAllah Ramadan kali ini memberikan kita lebih kekuatan utk beribadah dan bertaubat kepada Allah SWT. Semoga kita semua beroleh keampunan dan balasan pahala dari Allah. InshaaAllah. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...