30 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua penduduk Taman Kembara 1 dan pengunjung blog ini, kami dari Persatuan Penduduk Taman Kembara 1 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Semoga Ramadan dan Aidilfiti tahun ini memberi rahmat kepada semua.
Berhati hati ketika memandu dijalan raya.

Ikhlas
Pengerusi dan Semua AJK Persatuan Penduduk Taman Kembara 1, Jalan Genting, Rantau Panjang, Klang

18 August 2011

Majlis Berbuka Puasa dan Program Memasak Bubur Lambuk Peringkat Taman Kembara 1

Kepada Semua Penduduk Taman Kembara 1,

Dengan segala hormatnya dipersilakan hadir bagi meraikan bulan yang penuh berkat dan mulia ini. Program memasak dan berbuka puasa adalah seperti berikut:
Tarikh : 20hb Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Pusat Komuniti, Taman Kembara 1
Keperluan : 1) Sejadah dan ambil wudhuk di rumah.
                   2) Sila bawa sedikit sumbangan juadah berbuka puasa


Aturcaya Majlis
10.00 pg - 12.00 tgh :  Penyediaan bahan-bahan membuat bubur lambuk
2.00 ptg - 6.00 ptg    :  Memasak dan membungkus bubur lambuk serta bihun goreng
6.00 ptg - 6.30 ptg    :  Menerima sumbangan juadah berbuka puasa
6,45 ptg - 7.00 mlm   :  Ketibaan Jemputan/Tetamu/Tetamu khas dan VIP
7.05 mlm - 7.30 mlm  : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                                    Ust Mohd Hafiz Damanhuri
                                    Bacaan Doa
                                    Ust Azami Tohet
                                    Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk TK1
                                    En. Shamsuddin Pilus
                                    Ucapan Perasmian oleh Ketua Kampung Batu 4
                                    Tn Hj Samsidi bin Sudri
                                    Tazkirah
                                    Ust Azami Tohet
                                    Bacaan Doa berbuka puasa
                                    Solat Magrib berjemaah
                                    Jamuan Makan
8.45 mlm - 9.30 mlm :  Solat Isyak berjemaah
                                 :  Solat Sunat Tarawih berjemaah (8 rakaat)
10.00mlm                  :  Bersurai

Ahli Persatuan amat-amat diharapkan hadir bersama didalam majlis ini.Ahli diharap membawa sejadah sendiri dan sedikit juadah untuk bersama-sama berbuka puasa.Juga diingatkan mengambil wuduk dahulu.

JOM KITA BERJEMAAH BERSAMA............
 







15 August 2011

Mesyuarat Majlis Merdeka Raya & RumahTerbuka Perpaduan.

Tarikh : 17 September 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 11.00 Malam
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Mesyuarat membincangkan kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Puan Hasnah Mohd Amin selaku penyelaras program kali ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah :
a. Objektif Program
b. Jemputan/tetamu khas
c. Aturcara sebelum, semasa dan selepas majlis
d. Menu dan anggaran perbelanjaan.
e. Jawatankuasa Kerja.

Mesyuarat diadakan semula pada 7 September 2011.

Penyelaras Program Rumah Terbuka Perpaduan Jamuan Raya.
Pn Hasnah Mohd Amin.

Sekitar mesyuarat pada 14 Aug 201.

Kertas kerja Rumah Terbuka Perpaduan


Puan Hasnah sedang membentangkan kertas kerja

serius



14 August 2011

Mesyuarat Majlis Berbuka Puasa Sempena Ramadhan Al Mubarak

Tarikh : 20 Ogos 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 - 10.00 Malam
Tempat : Gelanggang Badminton, Taman Kembara 1

Mesyuarat membincangkan kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Ust Azami Tohet selaku penyelaras program kali ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah :
a. Objektif Program
b. Jawatankuasa Kerja yang telah dipilih
c. Aturcara sebelum, semasa dan selepas majlis
d. Menu dan anggaran perbelanjaan.

Menu kali ini yang dipilih ialah bubur lambuk dan bihun goreng. Konsep majlis kali ini merupakan lebih kepada pot luck. Semua penduduk yang hadir diminta utk membawa sedikit juadah untuk berbuka puasa bersama sama menu yang akan disediakan secara gotong royong. Semua penduduk akan berkongsi bersama sama ketika berbuka nanti.
Kemudian solat magrib, Isyak dan Tarawikh akan diimankan oleh Ust Azami dan akan dijalankan di gelanggang badminton di taman permainan kembara 1.
Semua penduduk dijemput untuk memeriahkan majlis. Jemputan akan diedarkan secepat mungkin. Sila dapatkan jemputan untuk mengetahui aturcara majlis.

Penyelaras Program Berbuka Puasa.
Ust Azami Tohet.

Sekitar mesyuarat pada 14 Aug 2011

Kertas kerja yang dibentanglan

Ust Azami membentakan kertas kerja beliau
Kehadiran AJK





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...