28 January 2012

Memo Mesyuarat - Persatuan Penduduk Taman Kembara 1

Mesyuarat AJK Per. Penduduk Tmn. Kembara 1

Merujuk kepada perkara diatas, ingin dimaklumkan, Persatuan Penduduk Taman Kembara 1akan mengadakan mesyuarat pada tarikh dan masa seperti di bawah :

Tarikh : 29 Januari 2012 / Ahad
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran ada diwajibkan kepada semua ahli jawatankuasa persatuan bagi memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Mohammad Hafiz b Hj Damanhuri
Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Kembara 1

10 January 2012

Memo Mesyuarat - Mesyuarat PPTK1

Merujuk kepada perkata diatas, ingin dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kembara1 akan mengadakan Mesyuarat pada :
Tarikh : 14 hb January 2012 (20 Safar 1433)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran semua Jawatankuasa adalah diwajibkan bagi memastikan perjalanan mesyuarat ini dapat dijalankan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Norazmi Ismail.

Agenda Mesyuarat
1. Kehadiran Jawatankuasa.
2. Ucapan Pengerusi PPTK1 - En Shamsuddin Pilus.
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PPTK1.
4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PPTK1.
5. Laporan aktiviti PPTK1.
6. Perkara berbangkit/usul.
    a. Kutipan Yuran Persatuan & Tabung khairat kematian 2011.
    b. Mesyuarat AGM 2011.
    c. Takwin 2012 PPTK1.
7. Hal hal lain.
8. Penangguhan Mesyuarat.


08 January 2012

BBQ @ Kembara1 - Sambutan 2012

Selamat tahun baru, tahun 2012 tahun naga. Tahun 2011 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Marilah kita buka helaian baru, lembaran segar utk tahun ini. Terus mengorak langkah bersama penduduk kembara 1.
Bersempena dengan sambutan 2012, telah menjadi tradisi dari tahun lepas, pihak persatuan telah mengadakan satu BBQ. Seperti tahun lepas, kali ini menu tambahan telah dibawa. Menu tahun lepas seperti ikan cencaru dan kerang dan ditambah dengan ayam utk tahun ini. Suasana bertambah meriah dengan makanan makanan tambahan yg dibawa oleh penduduk termasuklah buah buahan, nasi, keropok dan lauk pauk.
Kedatangan 2012 dimeriahkan dengan bunyi mercun dan bunga api. Semoga tahun 2012 ini lebih baik dari 2011, InsyAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...