19 March 2014

Majlis Kesyukuran - Undangan En. Muhamad Ridzuan & Pn. Roszana

Undangan majlis kesyukuran daripada rumah yang beralamat di No. 47 TK1 pada hari Ahad, 23hb March 2014 bersamaan 21 Jamadilawal 1435 Hijrah.  Aturcara majlis bermula dari 11.00 pg ke 5.00 ptg. Marilah kita sama-sama meraikan jemputan dari En. Muhamad Ridzuan dan Puan Roszana ini.


17 March 2014

Doa Untuk Saudara Azmi

Taman telah dikejutkan dengan kehadiran sebuah Ambulans sekitar pukul 1.45 ptg hari ini. Kehadiran ambulan tersebut sebagai maklum balas daripada panggilan kecemasan yang telah dilakukan oleh En. Khassim lebih kurang pada pukul 1.20 ptg. Panggilan kecemasan yang dilakukan oleh En. Khassim adalah kerana jiran sebelah kanan rumah beliau iaitu En. Azmi telah mengadu sesak nafas dan sakit dada. En. Azmi merupakan Pengerusi PPTK1 pada ketika ini. 
15 minit kemudian, Ambulan tersebut bergerak meninggalkan taman menuju ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang. Disana, beliau telah dimasukkan ke Zon Kritikal dibawah pengawasan intensif doktor. Beberapa ahli keluarga beliau, termasuk isteri beliau Kak Ida, anak anak beliau, ibu, abang dan adik beliau kelihatan berada di pintu luar zon kritikal tersebut. Terdapat beberapa orang penduduk dari TK1 turut bersempatan untuk melawat beliau hari ini.  Beliau diberitakan masih mampu bersembang dan mengukir senyuman walaupun diletakkan di Zon Kritikal. Setelah agak stabil, beliau dipindahkan ke wad 8A di hospital yang sama. Sehingga posting ini ditulis, En. Azmi masih berada di wad 8A, Hospital Ampuan Rahimah Klang. 
Sebagai orang Islam dan ahli PPTK1, marilah bersama kita berdoa meminta keampunan dari Allah agar En Azmi dikurniakan kesembuhan dan kesihatan dengan segera dan dipermudahkan oleh Allah SWT apa jua urusan beliau dan keluarga beliau pada ketika ini.





13 March 2014

Jerebu di TK1

Keadaan jerebu melanda lembah Klang pada ketika ini. Taman Kembara 1 turut dilanda jerebu dan pada pagi ini, jerebu dilihat agak tebal berbanding dengan hari sebelumnya. Kepada semua penduduk TK1, sila berada didalam rumah dan kurangkan aktiviti diluar. Gunakan topeng mulut jika berada diluar. Bersama sama kita berhati hati berhadapan dengan masalah jerebu.  Jika terdapat simton simton yang menganggu pernafasan, sila dapatkan rawatan di pusat rawatan yang terdekat. 
Sedikit suasana yang sempat dirakam pada pagi ini sekitar 8:00 pagi.




Aiskrim Malaysia - En. Khassim @ Bob




Kepada pengemar ais krim Malaysia, anda boleh dapatkan produk tersebut daripada salah sorang ahli PPTK1 iaitu En. Khassim Silim dengan pelbagai perisa termasuk:
a. Asam boi putih
b. Asam boi merah
c. Vanilla
d. Coklat. 
e. Keladi

Harga : RM0.30/Sebatang
Untuk sebarang tempahan, sila hubungi : 019-2538142 - En. Khassim @ Bob

10 March 2014

Buletin Kembara 1 Bil : 1/2014

Sepanjang minggu lepas dimana beberapa aktiviti telah dijalankan dan berlaku di Taman Kembara 1. Walaupun keadaan jerebu masih belum hilang, penduduk masih menjalankan aktiviti seperti biasa. Berita catuan air yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa, tidak melibatkan Taman Kembara 1 dan bekalang air ada seperti biasa.
Pada hari Sabtu dan Ahad, pihak kontraktor penyelenggaraan taman telah membersihkan kawasan taman dengan mengutip daun kering dan memotong rumput disemua bahagian taman permainan TK1. Taman permainan yang bersih menjamin anak anak TK1 beriadah dengan lebih selamat dan sihat. 
Untuk makluman semua penduduk TK1, satu penghadang telah dibina diantara padang permainan TK1 dan parit  bertujuan menghalang sebarang bentuk kenderaan dari melintasi kawasan padang. Jika dilihat senario semasa, terdapat satu bentuk laluan dipadang hasil daripada lalu lintas kenderaan motor sebelum penghadang ini dibina. Penduduk dan semua yang menggunakan kawasan padang sebagai laluan pintas agar tidak lagi berbuat demikian. Ini bagi mengekalkan keadaan padang supaya terus berumput dan mengelakkan daripada berlaku kemalangan sekiranya motor mengunakan padang ketika padang digunakan oleh kanak kanak bermain.



Pihak PPTK1 jugak telah menyelenggara penyaman udara dalam Pusat Komuniti PPTK1. Penyaman udara telah selamat digunakan tanpa "trip" dan suhu yang lebih nyaman. Biro wanita boleh meneruskan kelas tawjid dengan lebih selesa dan selamat. Pembaikan semula pada flip cover penyaman udara akan dilakukan kemudian.


09 March 2014

Doa untuk MH370

Seluruh penduduk dunia tersentak dengan kejadian yang berlaku keatas Pesawat Malaysian Airline System MH370. Flight dari Kuala Lumpur ke Beijing China.   Kami seluruh penduduk Taman Kembara 1 mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Allah mengampungkan dosa kesemua penumpang MH370 dan memudahkan kerja kerja SAR (search and rescue) sehingga menjumpai pesawat. Kami turut berdoa agar kesemua agensi, badan, pertubuhan dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak dlm apa jua kerja yang berkaitan dengan pesawat ini agar diberi balasan baik oleh Allah. Amin.



08 March 2014

Perjumpaan wakil PPTK1 dengan Ketua Kampung Batu 4

Satu perjumpaan diantara wakil PPTK1 dengan Ketua Kampung Batu 4 iaitu Hj Samsidi Hj Sudri telah berlangsung pada Khamsi malam Jumaat lepas iaitu 6/3/2014. Perjumpaan tersebut berlangsung di kediaman Hj Samsidi di Jalan Genting 3. 
Fokus utama perjumpaan kali ini adalah untuk membincangan program terkini yang akan dianjurkan oleh PPTK1 dalam masa terdekat ini. Program yang dimaksudkan ialah program bersama anak yatim. Program ini dijadualkan akan dilaksanakan sekitar bulan March. Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya tarikh program, jemputan VIP yang sesuai, kawasan sasaran anak yatim dan budget program. Turut disertakan satu surat makluman program ini. Beberapa maklum balas dan respon telah diberikan oleh Hj Samsidi melaksanakan lagi program.
Perhargaan ucapan terima kasih kami kepada Hj Samsidi kerana dapat meluagkan masa bersama dengan pihak PPK1 pada malam ini. InshaaAllah cadangan dan saranan Hj akan kami cuba laksanakan.



04 March 2014

Audit Peralatan PPTK1 oleh Biro Perbendaharaan PPTK1

Tahniah diucapkan kepada Biro Perbendaharaan PPTK1 kerana telah berjaya melaksanakan audit keatas peralatan yang disimpan didalam Pusat Komuniti PPTK1. Terima Kasih Ustaz Hafiz dan kepada semua ahli PPTK1 yang telah membantu pada malam tersebut.
Kesemua peralatan telah berjaya dikumpul, dikira, direkod dan dilabel kemudian disusun semula agar lebih teratur dan mudah dikeluarkan nanti.  Senarai penuh peralatan PPTK1 akan dikeluarkan dan semua ahli PPTK1 boleh menyemak dan sekiranya berminat untuk menyewa, boleh la berhubung dengan Ketua Biro Perbendaharaan PPTK1, Ust Hafiz atau pun Pengerusi PPTK1 atau setiausaha PPTK1. Sekian Terima kasih.





26 February 2014

Mesyuarat Agong Sesi 2013/2014 PPTK1 Jalan Genting 3

Jawatankuasa PPTK1 telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agong sesi 2013/2014 pada hari Ahad 23/02/14 bermula pada pukul 10.00 pagi yang lalu. Mesyuarat dilangsung di Pusat Komuniti PPTK1. Antara aturaca majlis ialah:

a.   Ucapan pembukaan dari Setiausaha PPTK1 En Mohamed Suhairi.
b.   Bacaan doa oleh Ust. Mohammad Hafiz.
c.   Ucapan dari Pengerusi PPTK1 En. Norazmi Ismail.
d.   Pembentangan  dan pengesahan Minit Mesyuarat Agong 2012.
e.   Pembentangan Laporan Aktiviti sepanjang 2013.
f.    Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan bagi sesi 2013 dari pemangku Bendahari      En.Mohmad Halimi. Mat Ali
g.   Penyampaian Khairat kematian kepada 2 org ahli PPTK1.
h.   Usul dari ahli persatuan yang hadir.
i.    Perkara berbangkit.

Mesyuarat telah ditangguh ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian sekitar pukui 11:40 pg.




19 February 2014

Gotong Royong Perdana PPTK1

Objektif gotong royong pada tahun ini ialah supaya Taman Kembara 1 lebih bersih dan meningkatkan kesedaran kepada semua penduduk PPTK1 agak lebih bertanggungjawap dalam menjaga kebersihan taman. Gotong royong jugak dapat menguatkan kerjasama antara penduduk. 
Semua penduduk berkumpul di Pusat Komuniti seawal 8:30 pagi untuk sesi taklimat daripada AJK yang terlibat dalam program ini. Penduduk dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memudahkan kerja kerja pembersihan. Program tamat sekitar pukul 1 ptg dengan penyerahan semua barang barang yang dipinjam dari Jabatan Alam Sekitar MPK. 
Program ini berjaya dilaksanakan dengan semua longkang dibahagian depan setiap blog berjaya dibersihkan dengan semburan air dari lori yang disediakan oleh MPK. 
Pihak jawatankuasa pelaksana dan semua yang terlibat mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan ucapan penghargaan kepada Jabatan Alam Sekitar MPK yang turut bersunguh sungguh membantu menjayakan program ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada pihak kami. InsyAllah, hubungan yang terjalin mampu kita eratkan lagi bagi kemudahan kepada semua pihak. 














Sambutan Aidilfitri 2013

Matlamat Program ini ialah memeriahkan kedatangan Shawal setelah sebulan berjaya merempuh aidilfitri. Program ini dilaksanakan bersama dengan peduduk PPTK1 dan merupakan sebahagian daripada program PPTK1 yang telah dirancang sepanjang 2013.
Majlis sambutan Aidilfitri telah dianjurkan oleh PPTK1 dan KRT Jalan Genting pada 24 August 2013 bermula pada 8:00 malam dan berakhir pada sekitar jalm 12:00 tgh malam bertempat di padang permainan PPTK1. 
Sebenarnya majlis ini telah bermula lebih awal dengan kerja kerja penyediaan menu makanan yg disediakan secara gotong royong oleh semua AJK dan ahli PPTK1. Semua menu yang disediakan pada majlis malam tersebut disediakan dan dimasak bersama sama secara gotong royong. Menu yang menjadi pilihan untuk tahun ini ialah nasi ayam, lemang, rendang daging, cendol, dessert dan minuman panas dan sejuk.
Aturcara majlis bermula 8:00 mlm dengan kehadiran semua ahli PPTK1 dan KRT Jalan Genting dan kehadiran semua tetamu jemputan PPTK1 dan KRT Jalan Genting. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi Majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Azami Tohet. Seterusnya ucapan ucapan daripada tetamu jemputan VIP. 

Pihak AJK PPTK1 dan KRT1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang membantu menjayakan program ini.
Ucapan penghargaan khas kepada ADUN Sementa YB Dr. Daroyah kerana sudi menghadirkan diri walaupun mempunyai jadual ketat pada malam tersebut. 

Aktiviti penyediaan.



                        




Malam sambutan








Cabutan Betuah




Yb Dr Daroyah, ADUN Sementa




Team PPTK1 and KRT Jalan Genting


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...