13 December 2011

Badminton @ kembara1

Kepada semua peminat badminton dari Taman Kembara 1 dan sekitar taman ini, marilah sama sama kita hidupkan semula sukan ini. Otai otai kita sudah memulakan kembali sebentar td setelah sekian lama berehat, mereka kembali beraksi. Boleh tahan prestasi yg dipamerkan. Bukan sebarang berehat rupanya, berehat mengumpulkan tenaga.
Anda bila lg, senaman untuk kesihatan dan untuk kecerdasan.



04 December 2011

Kursus Pengurusan Jenazah Wanita

Satu kursus pengurusan Jenazah Wanita telah berjaya diadakan pada 27 Nov 2011. Kursus ini dianjurkan oleh Biro Agama dan Biro Wanita PPTK1. 
Tahniah diucapkan kepada biro biro yg terlibat dan ucapan terima kasih kepada pihak yg sudi menjadi tuan rumah dan kepada tenaga pengajar yg terlibat. Pernyertaan untuk kali ini sungguh menggalakkan dan diharap semua yg dipelajari dapat dimanafaatkan besama. 
Semoga usaha kita diredai oleh Allah SWT. 





21 November 2011

Mesyuarat Agung KRT Taman Kembara Jalan Genting Klang

Mesyuarat Agung KRT Taman Kembara Jalan Genting Klang akan diadakan pada 27 Nov 2011 dari pukul 9 malam dan dijangka tamat pada sekitar pukul 12 tgh malam. Mesyuarat ini akan diadakan di Pusat Komuniti Taman Kembara 1, Jalan Genting Klang.

Mesyuarat kali ini adalah utk perlantikan jawatankuasa baru sesi 2012/2013.

Semua ahli jawatan kuasa dijemput hadir.

Pengerusi KRT Taman Kembara.

Sekitar Mesyuarat Tersebut



17 November 2011

Jemputan Ke Majlis Korban Perpaduan Sempena Aidil Adha 2011

Merujuk kepada perkara diatas, Jawatankuasa RT Taman Kembara Jalan Genting dan Jawatankuasa PPTK1 menjemput Dato/Datin/Tuan/Puan ke majlis korban perpaduan sempena Aidil Adha 2011 pada :

Tarikh : 06hb November 2011 (10 Zulhijah 1432)
Tempat : Pusat komuniti Taman Kembara 1 Jalan Genting
Masa : 10.00 pagi - 05.00 ptg

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

10.00 pagi
Peyembelihan lembu korban
Melapah/membungkus daging korban
Memasak untuk Majlis Tahlil
Edaran daing korban

2.00 petang
Bacaan Tahlil/Doa selamat
Jamuan Makan


5.00 petang
Majlis bersurai

Saya mewakili semua jawatankuasa RT Taman Kembara dan PPTK1 terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak Dato/Datin/Tuan/Puan dalam menjayakan Majlis ini.

Sekian, terima kasih.

Norazami Ismail.

Sekitar majlis korban.

Sekitar Majlis Korban

Penyembelihan


Melapah


Memotong daging


Pengagihan daging




26 October 2011

Ucapan Takziah

Takziah diucapkan kepada keluarga En Rahim yang berada di rumah no. 55 dengan pemergian beliau pada 20 October 2011. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah.

Seluruh AJK Persatuan Taman Kembara 1 dan penduduk taman sentiasa mendoakan agar beliau diberi pengampunan dari Allah  dan pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada penduduk taman.

Pengerusi dan Seluruh penduduk Kembara 1

10 October 2011

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Kembara Jalan Genting

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Kembara akan diadakan pada:
Tarikh : 15 October 2011, Sabtu
Masa : 9.00 pm
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kedatangan AJK diwajibkan

Pengerusi KRT Taman Kembara

Sekitar Mesyuarat:







Komplot Kembara 1 Di Tanjung Karang

Satu trip memancing telah diadakan pada hujung minggu lepas yang disertai oleh kesemuanya dari penduduk Taman Kembara 1. Trip Memancing kali kedua ini, (yg pertama di Terangganu) memilih Tanjung Karang sebagai lubuk tumpuan. Para peserta kali ini ialah :
a. Ahmad Mohamad
b. Nazri
c. Ust Hafiz
d. Zamri Abd Rahman
e. Mohamed Suhairi

Trip ini menggunakan khidmat seorang tekong berbangsa Cina dari Bagan Pasir, Tanjung Karang. Tempoh trip ialah dari pukul 8 pagi sehingga 6 ptg dan merupakan trip setengah hari sahaja. Lubuk yg di lawati oleh tekong merupakan lubuk sekitar perairan Tanjung Karang dan Sekinchan.
Walaupun hasil yang agak kurang, namun trip ini memberi peluang kepada peserta untuk menambah pengalaman memancing di tempah yang baru sambil beriadah bersama peserta peserta dari satu kawasan perumahan. Rata rata ramai yang ingin mengulangi semula lubuk ini, tetapi persiapan yang lebih rapi perlu dilakukan dengan mengambil kira faktor cuaca, keadaan laut dan lubuk yang diterokai. Kepada yang teringin, tiada masalah kerana selepas ni sudah pasti komplot kembara 1 ini akan lebih bersemangat untuk menerokai lubuk lubuk yang lain pula. Hehehe...booked nama lebih awal.
Terima kasih kepada Bro Ahmad dan Nazri kerana menjadi ketua serangan lubuk Tanjung Karang kali ni. Yang berminat utk next trip, sila kontek otai otai berdua ni.
Next trip - Kembara 1 di Pulau 9.


27 September 2011

Mesyuarat Khas Majlis Korban 2011 Taman Kembara 1.

Mesyuarat Khas kepada ahli yang mengambil bahagian Hari Raya Korban 2011 Taman Kembara 1 akan diadakan pada 2/10/11,jam 9.00pm di Pusat Komuniti Taman Kembara 1.

18 September 2011

Majlis Sambutan Merdekaraya Perpaduan Taman Kembara 1 2011



Majlis Sambutan Aidilfitri Taman Kembara 1 telah berjaya diadakan di  Taman Kembara 1, Jalan Genting 3, Rantau Panjang, Klang. 

Tarikh : 17hb September 2011 (Sabtu)
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1
Masa : 08.00 Malam - 11.30 Malam

Menu utama yang disediakan termasuklah nasi impit bersama kuah kacang, mee jawa dan laksa. Semua menu disediakkan oleh penduduk Taman ni yang diketuai oleh ketua "chef" Kak Zainon. Bermula sekitar 10 pagi, Ahli ahli biro wanita telah memenuhi khemah dihadapan pusat komuniti utk memulakan aktiviti masak. 
Majlis dimulakan sekitar 8.30 mlm dengan khemah dan padang permainan mula dipenuhi oleh penduduk, VIP mula tiba dan memenuhi kerusi dihadapan. Majlis kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran VIP. Antara yang hadir termasuklah Pasukan PDRM dari Balai Polis Klang Utara Bukit Rajah, Pengerusi Surau Haji Omar iaitu Tuan Hj Saian, Penyelaras KRT Zon 1 Parlimen Kapar Dato' Azla, Ahli Majlis En. Maneyvannan Vellue, dan Pegawai Perpaduan Daerah Klang En. Mansur Mohd Hashim bersama dengan Pembantu Pegawai En Fakhrurrazi.

Dato Azla, En.Fakhrurazzi, En Maneyvannan, En Mansur, En. Shamsudin Pilus dan En Rafie
Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dibaca oleh Ustaz Azami Tohet. Seterusnya ucapan daripada pengerusi KRT Taman Kembara & PPTK 1 iaitu En. Shamsuddin Pilus dan kemudian diikuti ucapan dari Ahli Majlis En. Maneyvannan Vellu. Akhir sekali ucapan dan merasmikan majlis ini disempurnakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Klang iaitu En Mansur Mohd Hashim.


                                                    Ucapan dari Pengerusi En. Shamsuddin Pilus


                                                       Ucapan Ahli Majlis En. Maneyvanan



                                                            Ucapan & merasmikan Majlis En. Mansor


Majlis seterusnya dimeriahkan lagi dengan penyampaian duit raya kepada anak anak dari taman kembara 1. Inilah yang ditunggu tunggu oleh anak anak kita. Sudah menjadi tradisi setiap kali majlis sambutan raya, duit raya pasti diberikan kepada setiap anak anak yang hadir. Pastilah anak anak yang paling gembira setiap kali ketibaan raya dan majlis ini sekali lagi meraikan mereka. 

                                                                     Penyampaian Duit Raya...

Suasana Jamuan.   

                                                                                                 Sekitar Majlis sedang berlangsung.


Kerja Kerja Persediaan di sebelah pagi dan tgh hari

 
                                                              Sekitar persiapan Majlis
Menu Sambutan Aidilfitri

                                          Menu Majlis

Pemenang Pakaian Keluarga Tercantik Majlis Merdekaraya Perpaduan Taman Kembara 2011

Tahniah kepada keluarga Halmi 
SEKALUNG PERHARGAAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS MERDEKARAYA PERPADUAN TAMAN KEMBARA 2011.JASA ANDA AMAT DIHARGAI.


13 September 2011

Majlis Merdeka Raya Perpaduan 2011

Merdeka!, Merdeka!Merdeka!

Kepada semua penduduk & Ahli PPTK1,

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kembara 1, Jalan Genting3, Rantau Panjang, Klang dengan suka citanya menjemput semua ke Majlis Merdeka Raya Perpaduan 2011. 

Tarikh : 17hb September 2011 (Sabtu)
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1
Masa : 08.00 Malam - 11.30 Malam

Cabutan bertuah dan pakaian keluarga tercantik utk ahli PPTK1 yang hadir sahaja pada majlis ini.
Saya mewakili semua ahli jawatankuasa Persatuan telebih dahulu mengucapkan salam Aidilfitri maaf zahir batin dan ribuan terima kasih diatas kehadiran serta kerjasama semua.

Sekian terima kasih
Norazmi Ismail.

30 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua penduduk Taman Kembara 1 dan pengunjung blog ini, kami dari Persatuan Penduduk Taman Kembara 1 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Semoga Ramadan dan Aidilfiti tahun ini memberi rahmat kepada semua.
Berhati hati ketika memandu dijalan raya.

Ikhlas
Pengerusi dan Semua AJK Persatuan Penduduk Taman Kembara 1, Jalan Genting, Rantau Panjang, Klang

18 August 2011

Majlis Berbuka Puasa dan Program Memasak Bubur Lambuk Peringkat Taman Kembara 1

Kepada Semua Penduduk Taman Kembara 1,

Dengan segala hormatnya dipersilakan hadir bagi meraikan bulan yang penuh berkat dan mulia ini. Program memasak dan berbuka puasa adalah seperti berikut:
Tarikh : 20hb Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Pusat Komuniti, Taman Kembara 1
Keperluan : 1) Sejadah dan ambil wudhuk di rumah.
                   2) Sila bawa sedikit sumbangan juadah berbuka puasa


Aturcaya Majlis
10.00 pg - 12.00 tgh :  Penyediaan bahan-bahan membuat bubur lambuk
2.00 ptg - 6.00 ptg    :  Memasak dan membungkus bubur lambuk serta bihun goreng
6.00 ptg - 6.30 ptg    :  Menerima sumbangan juadah berbuka puasa
6,45 ptg - 7.00 mlm   :  Ketibaan Jemputan/Tetamu/Tetamu khas dan VIP
7.05 mlm - 7.30 mlm  : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                                    Ust Mohd Hafiz Damanhuri
                                    Bacaan Doa
                                    Ust Azami Tohet
                                    Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk TK1
                                    En. Shamsuddin Pilus
                                    Ucapan Perasmian oleh Ketua Kampung Batu 4
                                    Tn Hj Samsidi bin Sudri
                                    Tazkirah
                                    Ust Azami Tohet
                                    Bacaan Doa berbuka puasa
                                    Solat Magrib berjemaah
                                    Jamuan Makan
8.45 mlm - 9.30 mlm :  Solat Isyak berjemaah
                                 :  Solat Sunat Tarawih berjemaah (8 rakaat)
10.00mlm                  :  Bersurai

Ahli Persatuan amat-amat diharapkan hadir bersama didalam majlis ini.Ahli diharap membawa sejadah sendiri dan sedikit juadah untuk bersama-sama berbuka puasa.Juga diingatkan mengambil wuduk dahulu.

JOM KITA BERJEMAAH BERSAMA............
 







15 August 2011

Mesyuarat Majlis Merdeka Raya & RumahTerbuka Perpaduan.

Tarikh : 17 September 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 11.00 Malam
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Mesyuarat membincangkan kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Puan Hasnah Mohd Amin selaku penyelaras program kali ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah :
a. Objektif Program
b. Jemputan/tetamu khas
c. Aturcara sebelum, semasa dan selepas majlis
d. Menu dan anggaran perbelanjaan.
e. Jawatankuasa Kerja.

Mesyuarat diadakan semula pada 7 September 2011.

Penyelaras Program Rumah Terbuka Perpaduan Jamuan Raya.
Pn Hasnah Mohd Amin.

Sekitar mesyuarat pada 14 Aug 201.

Kertas kerja Rumah Terbuka Perpaduan


Puan Hasnah sedang membentangkan kertas kerja

serius



14 August 2011

Mesyuarat Majlis Berbuka Puasa Sempena Ramadhan Al Mubarak

Tarikh : 20 Ogos 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 - 10.00 Malam
Tempat : Gelanggang Badminton, Taman Kembara 1

Mesyuarat membincangkan kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Ust Azami Tohet selaku penyelaras program kali ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah :
a. Objektif Program
b. Jawatankuasa Kerja yang telah dipilih
c. Aturcara sebelum, semasa dan selepas majlis
d. Menu dan anggaran perbelanjaan.

Menu kali ini yang dipilih ialah bubur lambuk dan bihun goreng. Konsep majlis kali ini merupakan lebih kepada pot luck. Semua penduduk yang hadir diminta utk membawa sedikit juadah untuk berbuka puasa bersama sama menu yang akan disediakan secara gotong royong. Semua penduduk akan berkongsi bersama sama ketika berbuka nanti.
Kemudian solat magrib, Isyak dan Tarawikh akan diimankan oleh Ust Azami dan akan dijalankan di gelanggang badminton di taman permainan kembara 1.
Semua penduduk dijemput untuk memeriahkan majlis. Jemputan akan diedarkan secepat mungkin. Sila dapatkan jemputan untuk mengetahui aturcara majlis.

Penyelaras Program Berbuka Puasa.
Ust Azami Tohet.

Sekitar mesyuarat pada 14 Aug 2011

Kertas kerja yang dibentanglan

Ust Azami membentakan kertas kerja beliau
Kehadiran AJK





31 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Jawatankuasa  Persatuan Taman Kembara 1 dan KRT Taman Kembara mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Semoga ibadah puasa kita tahun ini menambahkan ketakwaan dan diampunkan dosa kita oleh Allah S.W.T. insyaAllah.

Majlis Bersama Anak Yatim - Penghargaan kepada Warga Kerja

Jawatankuasa Persatuan dan KRT Taman Kembara 1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Penyertaan kali ini dari semua penduduk Taman Kembara 1, Taman Kembara 2 dan Taman Kembara bersebelahan merupakan satu petunjuk bahawa kerjasama yang erat mampu kita jalinkan sesama penduduk dan sesama jiran taman bersebelahan. Banyak manafaat yang akan kita perolehi sekiranya kita bersatu padu dan saling bantu membantu.
Sekali lagi pihak Jawatankuasa taman kembara 1 merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kali ini. Semoga sedikit usaha dari kita akan sentiasa mendapat keredaan dari Allah.




29 July 2011

Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk Taman Kembara 1 Kali ke 3, 2011

Merujuk perkara di atas, ingin dimaklumkan, persatuan Penduduk Taman Kembara 1 akan mengadakan mesyuarat pada tarikh dan masa seperti dibawah :

Tarikh/Hari     :   24 Julai 2011/Ahad
Masa              :   9.15 Malam
Tempat           :   Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran adalh diwajibkan kepada semua ahli jawatankuasa Persatuan bagi memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.

Sekian Terima Kasih

Yang menjalankan tugas

Setiausaha

Gambar sekitar mesyuarat tersebut.


Minit mesyuarat yang lepas

Persediaan sebelum bermula

Chairman dan start dah

Wakil kuat dari wanita

Mesyuarat KRT Zon 1 Parlimen Kapar

Mesyuarat telah diadakan untuk KRT Zon 1 Parlimen Kapar di Pusat Komuniti KRT Taman Kembara Jalan Genting. KRT Zon 1 merangkumi satu kawasan KRT yang besar dengan jumlah keseluruhan 18 KRT. Bermula dari KRT Pekan Kapar sehinggalah KRT cempaka sari dan KRT Sultan Sulaiman.
Mesyuarat kali ini merupakan satu sesi memperkenalkan pengerusi tiap KRT. Pelbagai isu telah diperbincangkan dan diminit untuk dibentangkan pada mesyuarat akan datang.
KRT Taman Kembara Jalan Genting mengalu-galukan kedatangan semua pengerusi KRT  dari zon 1 dan megucapkan terima kasih kerana memilih KRT ini untuk mengadakan mesyuarat.

Kedatangan semua wakil KRT zon 1

Kata aluan dari Pengerusi KRT Zon 1
Majlis bermula

27 July 2011

Mercu Tanda Taman Kembara 1

Tahniah kepada Biro Kebersihan dan Reakrasi Taman Kembara 1 kerana telah berjaya menyiapkan hampir 90% projek Mercu Tanda Taman Kembara 1. Usaha penat lelah wang ringgit terbayar dengan terbinanya mercu tanda ini. Kepada semua penduduk dan pelawat yang hadir di taman ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri mercu tanda ini.

Mercu tanda

23 July 2011

Majlis Yassin & Tahlil bersama Anak Yatim

Majlis Yassin & Tahlil Bersama Anak-Anak Yatim
Majlis yang diadakan pada 16 dan 17 July 2011 untuk meraikan anak anak yatim dan seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.


Aturcara majlis-170711 
2.00PM-2.30PM                     
Kehadiran Jemputan, Anak-anak Yatim dan jemputan khas.
                                              
2.30pm-3.00pm                       
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis - Ustaz Hafiz
Bacaan Doa - Ustaz Azami Tohet 
Persembahan anak-anak Taman Kembara 1

3.00pm-3.50pm
Ucapan Dari Pengerusi Persatuan & KRT Taman Kembara En. Shamsuddin Pilus 
Ucapan Dari Wakil sekolah Wakil Sekolah SKRP (Badan Jiwa Murni) - Puan Norhana 
Ucapan Dari Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Klang En.Fakrorazi 
Ucapan dan merasmikan Majlis Yassin & Tahlil bersama anak –anak yatim. 
Dato Haji Abdul Rahman Palil - ADUN Sementa
 
3.50pm- 5.00                           
Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim
Bacaan Yassin & Tahlil di imamkan oleh Ustaz Azami
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Azami Tohet             
Jamuan Petang
Majlis bersurai

Seawal 8 pagi kaum wanita sudah memulakan tanggungjawap mereka
Gotong royong bersih taman, susun kerusi dan menghias khemah
Lapik perut sementara menunggu majlis
Ketibaan VIP Dato Hj Abd Rahman Palil
Dato bersama anak anak yatim
Perarakan kompang VIP ke khemah
Barisan VIP bersama hadirin
Ucap tama dari MC majlis yg bahagia Ust Hafiz
Ucapan dari pengerusi KRT taman kembara
Ucapan dari Dato Abdul Rahman bin Palil ADUN Sementa
Persembahan nasyid oleh anak anak kembara 1
Penyerahan sumbangan oleh Dato

Makan time


Laporan ini akan dikemas kini lg. Tunggu untuk bahagian seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...