31 January 2011

Peraduan Cipta Logo Taman Kembara 1

Peraduan terbuka kepada semua warga Kembara 1. Peraturan dan garis panduan akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Sekian

Futsal Kembara 1


Aksi Juara



Barisan pemain kembara besama rakan import mereka. Satu team gabungan Arsenal, ManU, Lpool dan barcelona. Baru lepas satu perlawanan dgn score 2-1. Muka gembira bercampur penat menahan bahang matahari. Ilek la, janji score.

Ala ala Lampard
Aksi Ayep ketika menjaringkan gol pendahuluan. Cover sebelum tu penalti tak masuk. Lega ja Ayep, dapat score cover penalti yg tak masuk tu. Nasib baik Ayep. Tp gol yg ni memang lawa. 



24 January 2011

Kelas Metamatik Kembara 1

Kelas Metamatik Kembara 1 akan diadakan seperti dibawah:

Tarikh: 28 Januari 2011 (Jumaat Malam Sabtu)
Masa:   9.30-10.30
Tempat: Pusat Komuniti Kembara 1

Maklumkan kepada semua.

16 January 2011

Kelas Metamatik Kembara 1

Kelas Metamatik Kembara 1-14 Januari 2011

Hero Hero UPSR

Kelas kedua telah diadakan pada 14 Januari 2011 pada hari Jumaat malam sabtu lepas. Sambungan kepada 
topik minggu lepas ' Whole Number '. Kelas kali ini lanjutan kepada kelas minggu lepas dimana kali ini pelajar pelajar melakukan latihan operasi tambah, tolak, dan darap. 

Pemberitahuan:
Tiada kelas pada minggu ini. 

12 January 2011

Mesyuarat KRT Taman Kembara 1

Mesyuarat KRT Taman Kembara 1 Kali-1 2011

Tarikh:    29 Januari 2011
Masa :     9.00 Malam
Tempat :  Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Semua AJK KRT dijemput hadir. 


Agenda


1. Kehadiran semua AJK
2. Ucapan Pengerusi KRT Taman Kembara 1.
3. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat.
4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan kewangan.
5. Laporan Aktiviti
6. Perkara berbangkit/Usul
7. Hal-hal lain
8. Penangguhan Mesyuarat.


Ribuan terima kasih kepada Penghulu BT4 Hj Samsudi dan Setiausaha JKKK Bt4 En. Azmi kerana sudi turut serta dalam mesyuarat kali ini







11 January 2011

Mesyuarat Persatuan Penduduk Taman Kembara 1

Mesyuarat AJK Penduduk Taman Kembara 1 Kali-1 2011

Tarikh:    15 Januari 2011
Masa :     8.30 Malam
Tempat :  Pusat Komuniti Taman Kembara 1


Semua AJK dijemput hadir.

Tuan pengerusi dan ahli menyemak minit mesyuarat yang lepas


Kehadiran semua AJK

Kehadiran semua AJK

Penyegar mesyuarat

Kehadiran tuan bendahari. 

Ketua Biro Keselamatan sedang melakarkan logo taman kembara 1

Bentuk umun logo taman

Ketua Biro Kebersihan sedang menjelaskan misi tahun 2011 biro beliau.

Perbentangan budget 2010/2011
AJK Wanita 

Kelas Metamatik Kembara 1

Kelas Math Kembara 1- 7 Januari 2011

Inilah kehadiran kelas pertama
Kelas pertama telah berjaya diadakan pada 7 Januari 2011 pada hari Jumaat malam sabtu lepas. Kelas ini diadakan di Pusat Komuniti Taman Kembara 1. Alhamdulilah semua anak anak yang hadir memberi tumpuan dan komitmen sepenuhnya ketika belajar.
Topik minggu ni untuk UPSR, ' Whole Number '. Nearest hundred thousand, ten thousand, thousand, hundred and ten.

Kehadiran:
Pelajar UPSR
Mohd Asnawi
Mohd Safarizan
Noor Shahrul Aizat
Nor Ishkaf Azida
Mohd Aiman
Mohd Arif

Pelajar Tingkatan 1
Nor Ishkaf Azida
Mohd Aidil Sufi

Minggu ni kelas akan diadakan seperti biasa pada hari jumaat malam sabtu 14 Januari 2011.

04 January 2011

BBQ New Year 2011

Malam 31 December 2010, penduduk bersama sama mengadakan BBQ sempena menanti detik tahun baru 2011. Menu yang dipilih kali ini, termasuk la kerang, ikan caru, ikan mabong dan sosej. Semua dibakar. Sosnya, air asam dan sambal kicap homemade special yang menyelerakan. Ditambah side dishes sayur campur,  fruit mix, agar agar, karipap. 
Satu majlis yang santai bersama keluarga dan sahabat sahabat jiran. 

Kelihatan org kuat kita, Saudara Mahmud dan saudara Nazri berpedih mata melayan ikan bakar. "Tester" kita, Saudara Zamree sedang tunggu ikan untuk dicuba. Tak sabar nampak gayanya sambil cekak pinggang memerhati. "Bila nak siap ni"....







Meja Jamuan

Meja jamuan untuk semua para tetamu. Semua hang hadir puas hati dengan menu yang ada kemudian ditambah dengan acara acara selingan. Antara yang menghiburkan malam itu ialah persembahan koir kembara 1, dibawah bimbingan teacher Hafizah dan dibackup dancing oleh ayah ayah yang sporting...(errrr gambar tu tak sempat nak snap). Kemudian ditambah pulak gelak ketawa gelagat peserta musical chair. Semua yang turut serta sangat sporting, walaupun tiada hadiah namun,    
komitmen peserta bagai hadiah sebijik kereta. 




Pusat Komuniti Taman Kembara 1


Pusat Komuniti Kembara 1
Inilah Pusat Komuniti Taman Kembara 1. Mula beroperasi sekitar ujung 2010 dan insyAllah akan terus menabur bakti kepada semua penduduk pada 2011. Marilah sama sama kita berusaha untuk terus menghidupkan  dan mengimarahkan Pusat Komuniti ini dengan perbagai aktiviti. Kita mengalu alukan semua penyertaan penduduk Taman Kembara 1. "Satu Kembara Satu Komuniti".

Hasil tangan pemuda dan pemudi
Terima Kasih kepada Pemudi dan Pemuda Kembara 1 diucapkan kerana berjaya menyiapkan projek pertama mereka. Usaha 100% mereka amat amat dihargai. Keep up the good works guys.Hijau daun pisang bersama bayang bayang putih dilatar belakang kan biru air laut.

Pintu Masuk Ke Pejabat Pusat Komuniti

03 January 2011

Selamat Datang Ke Taman Kembara 1

Blog ini mengalu ngalukan kedatangan semua tetamu yg sudi singgah disini. Marilah kita berkongsi pandangan, idea dan buah fikiran bagi menjayakan "Satu Kembara Satu Komuniti"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...