26 February 2014

Mesyuarat Agong Sesi 2013/2014 PPTK1 Jalan Genting 3

Jawatankuasa PPTK1 telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agong sesi 2013/2014 pada hari Ahad 23/02/14 bermula pada pukul 10.00 pagi yang lalu. Mesyuarat dilangsung di Pusat Komuniti PPTK1. Antara aturaca majlis ialah:

a.   Ucapan pembukaan dari Setiausaha PPTK1 En Mohamed Suhairi.
b.   Bacaan doa oleh Ust. Mohammad Hafiz.
c.   Ucapan dari Pengerusi PPTK1 En. Norazmi Ismail.
d.   Pembentangan  dan pengesahan Minit Mesyuarat Agong 2012.
e.   Pembentangan Laporan Aktiviti sepanjang 2013.
f.    Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan bagi sesi 2013 dari pemangku Bendahari      En.Mohmad Halimi. Mat Ali
g.   Penyampaian Khairat kematian kepada 2 org ahli PPTK1.
h.   Usul dari ahli persatuan yang hadir.
i.    Perkara berbangkit.

Mesyuarat telah ditangguh ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian sekitar pukui 11:40 pg.




19 February 2014

Gotong Royong Perdana PPTK1

Objektif gotong royong pada tahun ini ialah supaya Taman Kembara 1 lebih bersih dan meningkatkan kesedaran kepada semua penduduk PPTK1 agak lebih bertanggungjawap dalam menjaga kebersihan taman. Gotong royong jugak dapat menguatkan kerjasama antara penduduk. 
Semua penduduk berkumpul di Pusat Komuniti seawal 8:30 pagi untuk sesi taklimat daripada AJK yang terlibat dalam program ini. Penduduk dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memudahkan kerja kerja pembersihan. Program tamat sekitar pukul 1 ptg dengan penyerahan semua barang barang yang dipinjam dari Jabatan Alam Sekitar MPK. 
Program ini berjaya dilaksanakan dengan semua longkang dibahagian depan setiap blog berjaya dibersihkan dengan semburan air dari lori yang disediakan oleh MPK. 
Pihak jawatankuasa pelaksana dan semua yang terlibat mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan ucapan penghargaan kepada Jabatan Alam Sekitar MPK yang turut bersunguh sungguh membantu menjayakan program ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada pihak kami. InsyAllah, hubungan yang terjalin mampu kita eratkan lagi bagi kemudahan kepada semua pihak. 














Sambutan Aidilfitri 2013

Matlamat Program ini ialah memeriahkan kedatangan Shawal setelah sebulan berjaya merempuh aidilfitri. Program ini dilaksanakan bersama dengan peduduk PPTK1 dan merupakan sebahagian daripada program PPTK1 yang telah dirancang sepanjang 2013.
Majlis sambutan Aidilfitri telah dianjurkan oleh PPTK1 dan KRT Jalan Genting pada 24 August 2013 bermula pada 8:00 malam dan berakhir pada sekitar jalm 12:00 tgh malam bertempat di padang permainan PPTK1. 
Sebenarnya majlis ini telah bermula lebih awal dengan kerja kerja penyediaan menu makanan yg disediakan secara gotong royong oleh semua AJK dan ahli PPTK1. Semua menu yang disediakan pada majlis malam tersebut disediakan dan dimasak bersama sama secara gotong royong. Menu yang menjadi pilihan untuk tahun ini ialah nasi ayam, lemang, rendang daging, cendol, dessert dan minuman panas dan sejuk.
Aturcara majlis bermula 8:00 mlm dengan kehadiran semua ahli PPTK1 dan KRT Jalan Genting dan kehadiran semua tetamu jemputan PPTK1 dan KRT Jalan Genting. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi Majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Azami Tohet. Seterusnya ucapan ucapan daripada tetamu jemputan VIP. 

Pihak AJK PPTK1 dan KRT1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang membantu menjayakan program ini.
Ucapan penghargaan khas kepada ADUN Sementa YB Dr. Daroyah kerana sudi menghadirkan diri walaupun mempunyai jadual ketat pada malam tersebut. 

Aktiviti penyediaan.



                        




Malam sambutan








Cabutan Betuah




Yb Dr Daroyah, ADUN Sementa




Team PPTK1 and KRT Jalan Genting


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...