31 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Jawatankuasa  Persatuan Taman Kembara 1 dan KRT Taman Kembara mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Semoga ibadah puasa kita tahun ini menambahkan ketakwaan dan diampunkan dosa kita oleh Allah S.W.T. insyaAllah.

Majlis Bersama Anak Yatim - Penghargaan kepada Warga Kerja

Jawatankuasa Persatuan dan KRT Taman Kembara 1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Penyertaan kali ini dari semua penduduk Taman Kembara 1, Taman Kembara 2 dan Taman Kembara bersebelahan merupakan satu petunjuk bahawa kerjasama yang erat mampu kita jalinkan sesama penduduk dan sesama jiran taman bersebelahan. Banyak manafaat yang akan kita perolehi sekiranya kita bersatu padu dan saling bantu membantu.
Sekali lagi pihak Jawatankuasa taman kembara 1 merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kali ini. Semoga sedikit usaha dari kita akan sentiasa mendapat keredaan dari Allah.




29 July 2011

Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk Taman Kembara 1 Kali ke 3, 2011

Merujuk perkara di atas, ingin dimaklumkan, persatuan Penduduk Taman Kembara 1 akan mengadakan mesyuarat pada tarikh dan masa seperti dibawah :

Tarikh/Hari     :   24 Julai 2011/Ahad
Masa              :   9.15 Malam
Tempat           :   Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran adalh diwajibkan kepada semua ahli jawatankuasa Persatuan bagi memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.

Sekian Terima Kasih

Yang menjalankan tugas

Setiausaha

Gambar sekitar mesyuarat tersebut.


Minit mesyuarat yang lepas

Persediaan sebelum bermula

Chairman dan start dah

Wakil kuat dari wanita

Mesyuarat KRT Zon 1 Parlimen Kapar

Mesyuarat telah diadakan untuk KRT Zon 1 Parlimen Kapar di Pusat Komuniti KRT Taman Kembara Jalan Genting. KRT Zon 1 merangkumi satu kawasan KRT yang besar dengan jumlah keseluruhan 18 KRT. Bermula dari KRT Pekan Kapar sehinggalah KRT cempaka sari dan KRT Sultan Sulaiman.
Mesyuarat kali ini merupakan satu sesi memperkenalkan pengerusi tiap KRT. Pelbagai isu telah diperbincangkan dan diminit untuk dibentangkan pada mesyuarat akan datang.
KRT Taman Kembara Jalan Genting mengalu-galukan kedatangan semua pengerusi KRT  dari zon 1 dan megucapkan terima kasih kerana memilih KRT ini untuk mengadakan mesyuarat.

Kedatangan semua wakil KRT zon 1

Kata aluan dari Pengerusi KRT Zon 1
Majlis bermula

27 July 2011

Mercu Tanda Taman Kembara 1

Tahniah kepada Biro Kebersihan dan Reakrasi Taman Kembara 1 kerana telah berjaya menyiapkan hampir 90% projek Mercu Tanda Taman Kembara 1. Usaha penat lelah wang ringgit terbayar dengan terbinanya mercu tanda ini. Kepada semua penduduk dan pelawat yang hadir di taman ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri mercu tanda ini.

Mercu tanda

23 July 2011

Majlis Yassin & Tahlil bersama Anak Yatim

Majlis Yassin & Tahlil Bersama Anak-Anak Yatim
Majlis yang diadakan pada 16 dan 17 July 2011 untuk meraikan anak anak yatim dan seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.


Aturcara majlis-170711 
2.00PM-2.30PM                     
Kehadiran Jemputan, Anak-anak Yatim dan jemputan khas.
                                              
2.30pm-3.00pm                       
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis - Ustaz Hafiz
Bacaan Doa - Ustaz Azami Tohet 
Persembahan anak-anak Taman Kembara 1

3.00pm-3.50pm
Ucapan Dari Pengerusi Persatuan & KRT Taman Kembara En. Shamsuddin Pilus 
Ucapan Dari Wakil sekolah Wakil Sekolah SKRP (Badan Jiwa Murni) - Puan Norhana 
Ucapan Dari Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Klang En.Fakrorazi 
Ucapan dan merasmikan Majlis Yassin & Tahlil bersama anak –anak yatim. 
Dato Haji Abdul Rahman Palil - ADUN Sementa
 
3.50pm- 5.00                           
Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim
Bacaan Yassin & Tahlil di imamkan oleh Ustaz Azami
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Azami Tohet             
Jamuan Petang
Majlis bersurai

Seawal 8 pagi kaum wanita sudah memulakan tanggungjawap mereka
Gotong royong bersih taman, susun kerusi dan menghias khemah
Lapik perut sementara menunggu majlis
Ketibaan VIP Dato Hj Abd Rahman Palil
Dato bersama anak anak yatim
Perarakan kompang VIP ke khemah
Barisan VIP bersama hadirin
Ucap tama dari MC majlis yg bahagia Ust Hafiz
Ucapan dari pengerusi KRT taman kembara
Ucapan dari Dato Abdul Rahman bin Palil ADUN Sementa
Persembahan nasyid oleh anak anak kembara 1
Penyerahan sumbangan oleh Dato

Makan time


Laporan ini akan dikemas kini lg. Tunggu untuk bahagian seterusnya

Al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada En. Halim dan keluarga yang berada di nomber rumah 38 dengan pemergian ibu mertua beliau pada 20 July 2011. Semoga roh ibu mertua beliau dicucuri rahmat oleh Allah.

17 July 2011

Majlis Yassin & Tahlil bersama Anak Yatim

Majlis Yassin & Tahlil Bersama Anak-Anak Yatim
Majlis yang diadakan pada 16 dan 17 July 2011 untuk meraikan anak anak yatim dan seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.


Aturcara persediaan-160711
2.00 ptg - 8.00 malam - Peyembelihan lembu aqiqah dan penyediaan daging untuk tujuan memasak bersama dengan biro wanita. Biro kebersihan dan rekreasi akan memasang khemah dan sedikit gotong royong membersihkan taman akan dijalankan. 
Untuk tujuan rewang, biro wanita akan menyediakan bihun sup tulang dan akan dijadikan makan malam untuk semua yang hadir membantu. 
Kehadiran amat meriah sekali dengan rakan rakan dari Kembara 2 dan kembara bersebelahan datang besama sama membantu menjayakan majlis ini. Pada lewat malam, sedikit BBQ kerang dan ikan tujuan sekadar untuk bersantai turut diadakan untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Lembu utk diaqiqahkan
Lembu sedang ditumbangkan
Sembelihan
Kerja kerja melapah
Siat daging tu elok elok ...jgn siat jari dah la
Persediaan dari kaum wanita

Tulang untuk sup
Sup untuk rewang malam ni.
Menikmati sup
Hadirin dari kembara 1, 2 dan kembara bersebelahan

kerang

06 July 2011

MEMO MESYUARAT

Mesyuarat Khas Majlis Yassin & Tahlil Bersama Anak-Anak Yatim
Merujuk perkara diatas, ingin saya maklumkan, kawasan rukun tetangga Taman Kembara akan mengadakan mesyuarat pada tarikh dan masa seperti dibawah:

TARIKH : 08 Julai 2011 (Jumaat malam sabtu)
MASA : 9.15 Malam
TEMPAT : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran wajib bagi semua jawatankuasa KRT.

Naib Pengerusi KRT Taman Kembara, Jalan Genting, Rantau Panjang, Klang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...