17 May 2013

Memo - Gotong Royong Taman Kembara 1

Kepada semua Penduduk Taman Kembara 1

Gotong Royong Taman Kembara 1

Tuan/Puan

Salam perpaduan salam 1 Malaysia dan salam 1 kembara 1 komuniti.

Merujuk kepada perkara diatas, ingin dimaklumkan bahawa jawatankuasa persatuan penduduk Taman Kembara 1akan mengadakan Program Gotong Royong pada :

Tarikh : 19hb May 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran semua ahli/penduduk adalah amat diharapkan bagi memastikan perjalanan program gotong royong ini dapat dijalankan dengan lancar. Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih atas perhatian, kerjasama dan kehadiran tuan/puan. 

Yang menjalankan tugas
NORAZMI ISMAIL
Pengerusi
Persatuan Penduduk Taman Kembara 1












Memo Mesyuarat

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PPTK1 Kali Ke 2

Merujuk kepada perkara diatas dimaklumkan bahawa PPTK1 akan mengadakan mesyuarat AJK pada

Tarikh : 17 hb May 2013
Masa : 9:30 mlm
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran adalah diwajibkan bagi memastikan perjalanan mesyuarat ini dapat dijalankan dengan lancar. 

Sekian Terima kasih

Yg menjalankan tugas.

Mohamed Suhairi Mohamed Ismail
Setiausaha PPTK1.

12 May 2013

Jemputan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Hari : Sabtu Malam Ahad
Tarikh : 11.05.2013 bersamaan dengan 1 Rejab1434H
Masa : 9.00 malam
Rumah : En Norazmi Bin Ismail (No, 68)

Diharap semua rakan muslimin & muslimat Taman Kembara 1 dapat menghadirkan diri dan menjayakan majlis ini.

Yang menjalankan tugas,

Ust Azami Tohet



Malam Silaturrahim 2013

Program ini merupakan program pertama takwin PPTK1 bagi sesi 2013/2015 dan dianjurkan sepenuhnya oleh PPTK1. Anjuran malam silaturrahim ini adalah bertujuan utk mengeratkan hubungan diantara setiap ahli PPTK1.
Alhamdulilah penyertaan utk program pertama ini sungguh memberansangkan.
Program ini dilaksanakan :

Lokasi - Pusat Komuniti PPTK1 dan padang permainan
Tarikh - 30hb April 2013
Waktu - 8.00 mlm sehingga 12 tgh mlm

Aturcara Majlis
7.00mlm - 7.45mlm - Jawatankuasa menyediakan tapak majlis.
                                       Jawatankuasa menunaikan solat magrib

7.45mlm - 8.00mlm - Kehadiran dan pendaftaran ahli PPTK1
                                        Kehadiran tetamu jemputan

8.00mlm - 8.35mlm - Ucapan oleh pengerusi majlis - Ust Hafiz
                                        Bacaan doa - Ust Azami Tohet
                                        Ucapan Pengerusi PPTK1 - En Azmi Ismail
                                        Penyampaian sumbangan Khairat kematian kepada En Hakim
                                        Disampaikan oleh - Ust Azami Tohet, Pengerusi Biro Agama

8.30mlm - 8.45mlm - BBQ disediakan untuk jamuan makan malam

8.45mlm - 9.15mlm - Solat Isyak

9.20mlm - 11.45mlm - Aturacara disambung semula
                                      - Permainan utk kanak kanak
                                      - Karaoke

12mlm                          - Penutup

Sebanyak 5 stesen makanan disediakan untuk memudahkan setiap peserta mendapatkan makanan. Stesen stesen tersebut ialah
a. Stesen 1 - Kambing Golek
b. Stesen 2 - Ikan, sosej, ayam dan kerang bakar.
c. Stesen 3 - Teh tarik, Cendoi, Sirap limau, dan buah tembikai.
d. Stesen 4 - Nasi goreng, air asam

Secara keseluruhan, penyertaan untuk program pertama ini sungguh meriah. Tahniah kepada semua AJK yg terlibat menjayakan projek ini dari mula penyediaan kertas kerja, meeting, dan seterusnya perlaksanaan program. Jutaan penghargaan kepad biro wanita yg telah bertungkus lumus dari awal pagi menyiapkan beberapa menu tambahan. Kali ini penyertaan dari biro wanita sangat sangat baik dan diharapkan dapat diteruskan utk setiap program sepanjang sesi 2013/2015. Tahniah kepada semua.

Akhir sekali pihak AJK PPTK1 mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PPTK1 yang hadir memeriahakan program PPTK1 kali ini.











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...