26 October 2011

Ucapan Takziah

Takziah diucapkan kepada keluarga En Rahim yang berada di rumah no. 55 dengan pemergian beliau pada 20 October 2011. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah.

Seluruh AJK Persatuan Taman Kembara 1 dan penduduk taman sentiasa mendoakan agar beliau diberi pengampunan dari Allah  dan pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada penduduk taman.

Pengerusi dan Seluruh penduduk Kembara 1

10 October 2011

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Kembara Jalan Genting

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Kembara akan diadakan pada:
Tarikh : 15 October 2011, Sabtu
Masa : 9.00 pm
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kedatangan AJK diwajibkan

Pengerusi KRT Taman Kembara

Sekitar Mesyuarat:







Komplot Kembara 1 Di Tanjung Karang

Satu trip memancing telah diadakan pada hujung minggu lepas yang disertai oleh kesemuanya dari penduduk Taman Kembara 1. Trip Memancing kali kedua ini, (yg pertama di Terangganu) memilih Tanjung Karang sebagai lubuk tumpuan. Para peserta kali ini ialah :
a. Ahmad Mohamad
b. Nazri
c. Ust Hafiz
d. Zamri Abd Rahman
e. Mohamed Suhairi

Trip ini menggunakan khidmat seorang tekong berbangsa Cina dari Bagan Pasir, Tanjung Karang. Tempoh trip ialah dari pukul 8 pagi sehingga 6 ptg dan merupakan trip setengah hari sahaja. Lubuk yg di lawati oleh tekong merupakan lubuk sekitar perairan Tanjung Karang dan Sekinchan.
Walaupun hasil yang agak kurang, namun trip ini memberi peluang kepada peserta untuk menambah pengalaman memancing di tempah yang baru sambil beriadah bersama peserta peserta dari satu kawasan perumahan. Rata rata ramai yang ingin mengulangi semula lubuk ini, tetapi persiapan yang lebih rapi perlu dilakukan dengan mengambil kira faktor cuaca, keadaan laut dan lubuk yang diterokai. Kepada yang teringin, tiada masalah kerana selepas ni sudah pasti komplot kembara 1 ini akan lebih bersemangat untuk menerokai lubuk lubuk yang lain pula. Hehehe...booked nama lebih awal.
Terima kasih kepada Bro Ahmad dan Nazri kerana menjadi ketua serangan lubuk Tanjung Karang kali ni. Yang berminat utk next trip, sila kontek otai otai berdua ni.
Next trip - Kembara 1 di Pulau 9.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...