23 May 2012

Karnival Silang Budaya - Jom Santai

Satu karnival akan diadakan bersempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Daerah Klang 2012 dengan kerjasama Jawatankuasa Penasihat & Penyelaras KRT Zon 1 (Parlimen Kapar)
Tarikh : 27 Mei (Ahad) 2012
Tempat : Padang Rekreasi - KRT Taman Klang Perdana Batu 7 Jalan Kapar 
              (Bersebelahan Kompleks Rakan Muda)
Waktu : 7.30 pagi - 11.00 malam

Pelbagai acara menarik :
Sukaneka
Gerai Jualan
Futsal
Acara Pentas
Rumah Hantu

Orang ramai dijemput hadir.  


14 May 2012

Gotong Royong Perdana Perangi Nyamuk Aedes Bersama Ahli Majlis,MPK,JKKKN,PPTK1 & PPTK2.utk membasmi Denggi

Laporan sedang disediakan.

Bacaan Yassin dan Tahlil (Lelaki)

Hari : Sabtu Malam Ahad
Tarikh : 19.05.2012 bersamaan dengan 27 Jamadil Akhir 1433H
Masa : 9.00 malam
Rumah : En Norazmi Bin Ismail (No, 68)

Diharap semua rakan muslimin & muslimat Taman Kembara 1 dapat menhadirkan diri dan menjayakan majlis ini.

22 April 2012

KRT Taman Kembara & Persatuan Penduduk Taman Kembara 1 akan mengadakan GOTONG-ROYONG PERDANA pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 13hb May 2012
Masa: 8.30am
Kawasan sasaran  : longkang-longkang di Taman.

Program Gotong-royong ini melibatkan Taman Kembara 1,Jalan Genting 3 & Taman Kembara 2,Jalan Genting 5 dan melibatkan kerjasama bersama MPK,JKKK kampung batu 4 jalan Kapar ,KRT Taman Kembara Jalan Genting  dan Persatuan Penduduk Taman Kembara 1 & 2.
Ahli & penduduk Taman Kembara 1 & 2 diminta agar dapat bersama sama menjayakan program ini bagi kebaikan kita bersama dan mengeratkan perpaduan sesama penduduk.

Sekian terima kasih

Norazmi Ismail
Timbalan Pengerusi KRT Taman Kembara Jln Genting & Persatuan Penduduk Taman Kembara 1.
1 kembara 1 komuniti

23 February 2012

Sekitar Mesyuarat Agung PPKT1 Sessi 2011/2013

Aturcara Majlis
1. Kehadiran Ahli
2. Bacaan Doa
3. Ucapan Jemputan Khas
4. Ucapan Pergerusi Persatuan Taman Kembara 1
5. Perbentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat.
6. Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan.
7. Laporan aktiviti.
8. Perkara berbangkit/usul.
9. Lain lain hal
10. Penangguhan Mesyuarat
11. Jamuan Makan dan minum.

Laporan
Alhamdulilah PPTK1 telah berjaya melangsungkan Mesyuarat Agong Sesi 2011/2013 pada 19hb Feb.2012. Majlis yg dihadiri oleh ahli/penduduk Taman bermula sekitar 10.30 pg dengan kehadiran penduduk taman, AJK dan Tetamu Jemputan.Jemputan VIP Tuan Haji Samsidi Sudri,En.Azmi Wahab dan En. Zakaria mewakili En.Maneyvannan Vellu ahli Majlis.
Majlis dipengerusikan oleh setiausaha PPTK1, Ustaz Hafiz dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azami Tohet.
Seterusnya ucapan dari Pengerusi PPTK1, En Shamsudin Pilus. Pengerusi PPTK1  mengalukan kedatangan semua dan berterima kasih kepada semua yg hadir pada mesyuarat kali ini.Kemudian En Shamsudin menerangkan aktiviti aktivit PPTK1 sepanjang 2011 dan sedikit penerangan aktiviti 2012.
Ucapan pengerusi diikut oleh ucapan aluan oleh Ketua Kampung Bt 4, Tuan Haji Samsidi. Majlis kemudiannya disambung dengan ucapan dari wakil dari Dun Sementa. Seterusnya majlis disambung dengan pembentangan laporan kewangan berakhir pada Dec 2011.  Laporan ini kemudiannya disahkan. Walaupun PPTK1 merupakan satu persatuan taman yg mempunyai ahli hanya dikalangan penduduk taman, namum transaksi perbelanjaan taman menghampiri RM30K. Jadi pembentangan laporan kewangan ini sangat penting utk menentukan aliran kewangan yg betul dan telus. Tiada sebarang bantahan dan laporan ini telah diterima sebulat suara. 
Majlis diteruskan lagi dengan anugerah khas. Anugerah ini disampaikan kepada Arwah En Rahim bin Awang diatas penglibatan aktif beliau di dalam aktiviti taman. Walaupun Arwah tidak sihat, namun hampir kesemua aktiviti dan program taman telah dihadiri oleh arwah. Setiap hujung minggu pasti arwah akan turut serta dalam aktiviti SRS dan turut sama berada bersama sama dengan ahli ahli SRS meronda dan menjaga keselamatan kampung. Kehilangan arwah merupakan satu kehilangan besar kepada penduduk taman dan satu tiada gantinya. Majlis penyampaian cenderahati ini disempurnakan oleh Ketua Kampung Bt 4 dan diterima oleh isteri arwah Puan Sharifah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org soleh..InsyaAllah. Majlis turut menyaksikan pemberian khairat kematian kepada En. Is, yg baru baru ini kehilangan ibu mertua beliau. Majlis disempurnakan oleh ketua kampung Bt 4. Semoga Arwah Ibu mentua En. Is ditempatkan bersama sama dengan org org soleh Insya Allah.
Majlis kemudian bergerak ke perkara berbangkit dan lain lain hal. Tiada isu yg dikemukakan oleh penduduk taman yg hadir dan majlis ditangguhkan. Akhir sekali, sedikit jamuan ringan utk semua yg hadir.
Pihak AJK mengucapkan terima kasih kepada tetamu jemputan dan semua yg hadir bagi menjayakan mesyuarat kali ini dan tahniah kerana berjaya menjalankan tanggungjawap sebagai ahli Persatuan. 

Penerima Anugerah Khas 2011/2012 PPTK1 Arwah En. Rahim Bin Awang

 Penerima Khairat Kematian En Is




 

19 February 2012

Agenda - Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Kembara Sessi 2011/2013

Agenda Mesyuarat Agong Sesi 2011/2013 PPTK1, Jalan Genting 3/Ku4 Rantau Panjang 42100 Klang

Tarikh : 19 Februari 2012 / 27 Rabiuawal 1433
Masa : 10.00 am - 12.00pm
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

1. Kehadiran Ahli
2. Bacaan Doa
3. Ucapan Jemputan Khas
4. Ucapan Persatuan Taman Kembara 1
5. Perbentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat.
6. Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan.
7. Laporan aktiviti.
8. Perkara berbangkit/usul.
9. Lain lain hal
10. Penangguhan Mesyuarat
11. Jamuan Makan dan minum.

Sekian, terima kasih.

Yg menjalankan tugas,

Norazmi Ismail
Persatuan Penduduk Taman Kembara 1
Jalan Genting Rantau Panjang Klang.

06 February 2012

Memo Mesyuarat - Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Kembara Sessi 2011/2013

Merujuk kepada Perlembagaan Persatuan Penduduk Taman Kembara 1, Fasal 7.1 & 7.3 ingin dimaklumkan, Jawatankuasa Persatuan Penduduk penduduk Taman Kembara 1,Jalan Genting 3/KU4 akan mengadakan Mesyuarat Agung sessi 2011/2013 pada tarikh dan masa seperti dibawah :

Tarikh : 19 Februari 2012 / 27 Rabiuawal 1433
Masa : 10.00 am - 12.00pm
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua ahli Persatuan Penduduk Taman Kembara 1 bagi menunaikan tanggungjawap sebagai ahli dan memastikan perjalanan mesyuarat Persatuan dapat dijalankan dengan lancar.

Sebarang usul,cadangan dan perkara berbangkit boleh dikemukakan sebelum  17hb Februari 2012 kepada ketua ketua block dan setiausaha Persatuan.

Sekian, terima kasih.

Yg menjalankan tugas,

Norazmi Ismail
Persatuan Penduduk Taman Kembara 1
Jalan Genting Rantau Panjang Klang.

28 January 2012

Memo Mesyuarat - Persatuan Penduduk Taman Kembara 1

Mesyuarat AJK Per. Penduduk Tmn. Kembara 1

Merujuk kepada perkara diatas, ingin dimaklumkan, Persatuan Penduduk Taman Kembara 1akan mengadakan mesyuarat pada tarikh dan masa seperti di bawah :

Tarikh : 29 Januari 2012 / Ahad
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran ada diwajibkan kepada semua ahli jawatankuasa persatuan bagi memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Mohammad Hafiz b Hj Damanhuri
Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Kembara 1

10 January 2012

Memo Mesyuarat - Mesyuarat PPTK1

Merujuk kepada perkata diatas, ingin dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kembara1 akan mengadakan Mesyuarat pada :
Tarikh : 14 hb January 2012 (20 Safar 1433)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1

Kehadiran semua Jawatankuasa adalah diwajibkan bagi memastikan perjalanan mesyuarat ini dapat dijalankan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Norazmi Ismail.

Agenda Mesyuarat
1. Kehadiran Jawatankuasa.
2. Ucapan Pengerusi PPTK1 - En Shamsuddin Pilus.
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PPTK1.
4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PPTK1.
5. Laporan aktiviti PPTK1.
6. Perkara berbangkit/usul.
    a. Kutipan Yuran Persatuan & Tabung khairat kematian 2011.
    b. Mesyuarat AGM 2011.
    c. Takwin 2012 PPTK1.
7. Hal hal lain.
8. Penangguhan Mesyuarat.


08 January 2012

BBQ @ Kembara1 - Sambutan 2012

Selamat tahun baru, tahun 2012 tahun naga. Tahun 2011 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Marilah kita buka helaian baru, lembaran segar utk tahun ini. Terus mengorak langkah bersama penduduk kembara 1.
Bersempena dengan sambutan 2012, telah menjadi tradisi dari tahun lepas, pihak persatuan telah mengadakan satu BBQ. Seperti tahun lepas, kali ini menu tambahan telah dibawa. Menu tahun lepas seperti ikan cencaru dan kerang dan ditambah dengan ayam utk tahun ini. Suasana bertambah meriah dengan makanan makanan tambahan yg dibawa oleh penduduk termasuklah buah buahan, nasi, keropok dan lauk pauk.
Kedatangan 2012 dimeriahkan dengan bunyi mercun dan bunga api. Semoga tahun 2012 ini lebih baik dari 2011, InsyAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...