27 September 2011

Mesyuarat Khas Majlis Korban 2011 Taman Kembara 1.

Mesyuarat Khas kepada ahli yang mengambil bahagian Hari Raya Korban 2011 Taman Kembara 1 akan diadakan pada 2/10/11,jam 9.00pm di Pusat Komuniti Taman Kembara 1.

18 September 2011

Majlis Sambutan Merdekaraya Perpaduan Taman Kembara 1 2011



Majlis Sambutan Aidilfitri Taman Kembara 1 telah berjaya diadakan di  Taman Kembara 1, Jalan Genting 3, Rantau Panjang, Klang. 

Tarikh : 17hb September 2011 (Sabtu)
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1
Masa : 08.00 Malam - 11.30 Malam

Menu utama yang disediakan termasuklah nasi impit bersama kuah kacang, mee jawa dan laksa. Semua menu disediakkan oleh penduduk Taman ni yang diketuai oleh ketua "chef" Kak Zainon. Bermula sekitar 10 pagi, Ahli ahli biro wanita telah memenuhi khemah dihadapan pusat komuniti utk memulakan aktiviti masak. 
Majlis dimulakan sekitar 8.30 mlm dengan khemah dan padang permainan mula dipenuhi oleh penduduk, VIP mula tiba dan memenuhi kerusi dihadapan. Majlis kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran VIP. Antara yang hadir termasuklah Pasukan PDRM dari Balai Polis Klang Utara Bukit Rajah, Pengerusi Surau Haji Omar iaitu Tuan Hj Saian, Penyelaras KRT Zon 1 Parlimen Kapar Dato' Azla, Ahli Majlis En. Maneyvannan Vellue, dan Pegawai Perpaduan Daerah Klang En. Mansur Mohd Hashim bersama dengan Pembantu Pegawai En Fakhrurrazi.

Dato Azla, En.Fakhrurazzi, En Maneyvannan, En Mansur, En. Shamsudin Pilus dan En Rafie
Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dibaca oleh Ustaz Azami Tohet. Seterusnya ucapan daripada pengerusi KRT Taman Kembara & PPTK 1 iaitu En. Shamsuddin Pilus dan kemudian diikuti ucapan dari Ahli Majlis En. Maneyvannan Vellu. Akhir sekali ucapan dan merasmikan majlis ini disempurnakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Klang iaitu En Mansur Mohd Hashim.


                                                    Ucapan dari Pengerusi En. Shamsuddin Pilus


                                                       Ucapan Ahli Majlis En. Maneyvanan



                                                            Ucapan & merasmikan Majlis En. Mansor


Majlis seterusnya dimeriahkan lagi dengan penyampaian duit raya kepada anak anak dari taman kembara 1. Inilah yang ditunggu tunggu oleh anak anak kita. Sudah menjadi tradisi setiap kali majlis sambutan raya, duit raya pasti diberikan kepada setiap anak anak yang hadir. Pastilah anak anak yang paling gembira setiap kali ketibaan raya dan majlis ini sekali lagi meraikan mereka. 

                                                                     Penyampaian Duit Raya...

Suasana Jamuan.   

                                                                                                 Sekitar Majlis sedang berlangsung.


Kerja Kerja Persediaan di sebelah pagi dan tgh hari

 
                                                              Sekitar persiapan Majlis
Menu Sambutan Aidilfitri

                                          Menu Majlis

Pemenang Pakaian Keluarga Tercantik Majlis Merdekaraya Perpaduan Taman Kembara 2011

Tahniah kepada keluarga Halmi 
SEKALUNG PERHARGAAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS MERDEKARAYA PERPADUAN TAMAN KEMBARA 2011.JASA ANDA AMAT DIHARGAI.


13 September 2011

Majlis Merdeka Raya Perpaduan 2011

Merdeka!, Merdeka!Merdeka!

Kepada semua penduduk & Ahli PPTK1,

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kembara 1, Jalan Genting3, Rantau Panjang, Klang dengan suka citanya menjemput semua ke Majlis Merdeka Raya Perpaduan 2011. 

Tarikh : 17hb September 2011 (Sabtu)
Tempat : Pusat Komuniti Taman Kembara 1
Masa : 08.00 Malam - 11.30 Malam

Cabutan bertuah dan pakaian keluarga tercantik utk ahli PPTK1 yang hadir sahaja pada majlis ini.
Saya mewakili semua ahli jawatankuasa Persatuan telebih dahulu mengucapkan salam Aidilfitri maaf zahir batin dan ribuan terima kasih diatas kehadiran serta kerjasama semua.

Sekian terima kasih
Norazmi Ismail.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...