04 January 2011

BBQ New Year 2011

Malam 31 December 2010, penduduk bersama sama mengadakan BBQ sempena menanti detik tahun baru 2011. Menu yang dipilih kali ini, termasuk la kerang, ikan caru, ikan mabong dan sosej. Semua dibakar. Sosnya, air asam dan sambal kicap homemade special yang menyelerakan. Ditambah side dishes sayur campur,  fruit mix, agar agar, karipap. 
Satu majlis yang santai bersama keluarga dan sahabat sahabat jiran. 

Kelihatan org kuat kita, Saudara Mahmud dan saudara Nazri berpedih mata melayan ikan bakar. "Tester" kita, Saudara Zamree sedang tunggu ikan untuk dicuba. Tak sabar nampak gayanya sambil cekak pinggang memerhati. "Bila nak siap ni"....







Meja Jamuan

Meja jamuan untuk semua para tetamu. Semua hang hadir puas hati dengan menu yang ada kemudian ditambah dengan acara acara selingan. Antara yang menghiburkan malam itu ialah persembahan koir kembara 1, dibawah bimbingan teacher Hafizah dan dibackup dancing oleh ayah ayah yang sporting...(errrr gambar tu tak sempat nak snap). Kemudian ditambah pulak gelak ketawa gelagat peserta musical chair. Semua yang turut serta sangat sporting, walaupun tiada hadiah namun,    
komitmen peserta bagai hadiah sebijik kereta. 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...