31 July 2011

Majlis Bersama Anak Yatim - Penghargaan kepada Warga Kerja

Jawatankuasa Persatuan dan KRT Taman Kembara 1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Penyertaan kali ini dari semua penduduk Taman Kembara 1, Taman Kembara 2 dan Taman Kembara bersebelahan merupakan satu petunjuk bahawa kerjasama yang erat mampu kita jalinkan sesama penduduk dan sesama jiran taman bersebelahan. Banyak manafaat yang akan kita perolehi sekiranya kita bersatu padu dan saling bantu membantu.
Sekali lagi pihak Jawatankuasa taman kembara 1 merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kali ini. Semoga sedikit usaha dari kita akan sentiasa mendapat keredaan dari Allah.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...