14 August 2011

Mesyuarat Majlis Berbuka Puasa Sempena Ramadhan Al Mubarak

Tarikh : 20 Ogos 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 - 10.00 Malam
Tempat : Gelanggang Badminton, Taman Kembara 1

Mesyuarat membincangkan kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Ust Azami Tohet selaku penyelaras program kali ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah :
a. Objektif Program
b. Jawatankuasa Kerja yang telah dipilih
c. Aturcara sebelum, semasa dan selepas majlis
d. Menu dan anggaran perbelanjaan.

Menu kali ini yang dipilih ialah bubur lambuk dan bihun goreng. Konsep majlis kali ini merupakan lebih kepada pot luck. Semua penduduk yang hadir diminta utk membawa sedikit juadah untuk berbuka puasa bersama sama menu yang akan disediakan secara gotong royong. Semua penduduk akan berkongsi bersama sama ketika berbuka nanti.
Kemudian solat magrib, Isyak dan Tarawikh akan diimankan oleh Ust Azami dan akan dijalankan di gelanggang badminton di taman permainan kembara 1.
Semua penduduk dijemput untuk memeriahkan majlis. Jemputan akan diedarkan secepat mungkin. Sila dapatkan jemputan untuk mengetahui aturcara majlis.

Penyelaras Program Berbuka Puasa.
Ust Azami Tohet.

Sekitar mesyuarat pada 14 Aug 2011

Kertas kerja yang dibentanglan

Ust Azami membentakan kertas kerja beliau
Kehadiran AJK





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...