23 February 2012

Sekitar Mesyuarat Agung PPKT1 Sessi 2011/2013

Aturcara Majlis
1. Kehadiran Ahli
2. Bacaan Doa
3. Ucapan Jemputan Khas
4. Ucapan Pergerusi Persatuan Taman Kembara 1
5. Perbentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat.
6. Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan.
7. Laporan aktiviti.
8. Perkara berbangkit/usul.
9. Lain lain hal
10. Penangguhan Mesyuarat
11. Jamuan Makan dan minum.

Laporan
Alhamdulilah PPTK1 telah berjaya melangsungkan Mesyuarat Agong Sesi 2011/2013 pada 19hb Feb.2012. Majlis yg dihadiri oleh ahli/penduduk Taman bermula sekitar 10.30 pg dengan kehadiran penduduk taman, AJK dan Tetamu Jemputan.Jemputan VIP Tuan Haji Samsidi Sudri,En.Azmi Wahab dan En. Zakaria mewakili En.Maneyvannan Vellu ahli Majlis.
Majlis dipengerusikan oleh setiausaha PPTK1, Ustaz Hafiz dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azami Tohet.
Seterusnya ucapan dari Pengerusi PPTK1, En Shamsudin Pilus. Pengerusi PPTK1  mengalukan kedatangan semua dan berterima kasih kepada semua yg hadir pada mesyuarat kali ini.Kemudian En Shamsudin menerangkan aktiviti aktivit PPTK1 sepanjang 2011 dan sedikit penerangan aktiviti 2012.
Ucapan pengerusi diikut oleh ucapan aluan oleh Ketua Kampung Bt 4, Tuan Haji Samsidi. Majlis kemudiannya disambung dengan ucapan dari wakil dari Dun Sementa. Seterusnya majlis disambung dengan pembentangan laporan kewangan berakhir pada Dec 2011.  Laporan ini kemudiannya disahkan. Walaupun PPTK1 merupakan satu persatuan taman yg mempunyai ahli hanya dikalangan penduduk taman, namum transaksi perbelanjaan taman menghampiri RM30K. Jadi pembentangan laporan kewangan ini sangat penting utk menentukan aliran kewangan yg betul dan telus. Tiada sebarang bantahan dan laporan ini telah diterima sebulat suara. 
Majlis diteruskan lagi dengan anugerah khas. Anugerah ini disampaikan kepada Arwah En Rahim bin Awang diatas penglibatan aktif beliau di dalam aktiviti taman. Walaupun Arwah tidak sihat, namun hampir kesemua aktiviti dan program taman telah dihadiri oleh arwah. Setiap hujung minggu pasti arwah akan turut serta dalam aktiviti SRS dan turut sama berada bersama sama dengan ahli ahli SRS meronda dan menjaga keselamatan kampung. Kehilangan arwah merupakan satu kehilangan besar kepada penduduk taman dan satu tiada gantinya. Majlis penyampaian cenderahati ini disempurnakan oleh Ketua Kampung Bt 4 dan diterima oleh isteri arwah Puan Sharifah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org soleh..InsyaAllah. Majlis turut menyaksikan pemberian khairat kematian kepada En. Is, yg baru baru ini kehilangan ibu mertua beliau. Majlis disempurnakan oleh ketua kampung Bt 4. Semoga Arwah Ibu mentua En. Is ditempatkan bersama sama dengan org org soleh Insya Allah.
Majlis kemudian bergerak ke perkara berbangkit dan lain lain hal. Tiada isu yg dikemukakan oleh penduduk taman yg hadir dan majlis ditangguhkan. Akhir sekali, sedikit jamuan ringan utk semua yg hadir.
Pihak AJK mengucapkan terima kasih kepada tetamu jemputan dan semua yg hadir bagi menjayakan mesyuarat kali ini dan tahniah kerana berjaya menjalankan tanggungjawap sebagai ahli Persatuan. 

Penerima Anugerah Khas 2011/2012 PPTK1 Arwah En. Rahim Bin Awang

 Penerima Khairat Kematian En Is




 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...