19 February 2014

Gotong Royong Perdana PPTK1

Objektif gotong royong pada tahun ini ialah supaya Taman Kembara 1 lebih bersih dan meningkatkan kesedaran kepada semua penduduk PPTK1 agak lebih bertanggungjawap dalam menjaga kebersihan taman. Gotong royong jugak dapat menguatkan kerjasama antara penduduk. 
Semua penduduk berkumpul di Pusat Komuniti seawal 8:30 pagi untuk sesi taklimat daripada AJK yang terlibat dalam program ini. Penduduk dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memudahkan kerja kerja pembersihan. Program tamat sekitar pukul 1 ptg dengan penyerahan semua barang barang yang dipinjam dari Jabatan Alam Sekitar MPK. 
Program ini berjaya dilaksanakan dengan semua longkang dibahagian depan setiap blog berjaya dibersihkan dengan semburan air dari lori yang disediakan oleh MPK. 
Pihak jawatankuasa pelaksana dan semua yang terlibat mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan ucapan penghargaan kepada Jabatan Alam Sekitar MPK yang turut bersunguh sungguh membantu menjayakan program ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada pihak kami. InsyAllah, hubungan yang terjalin mampu kita eratkan lagi bagi kemudahan kepada semua pihak. 














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...