27 April 2011

Kelas Matematik Kembara 1-UPSR

Kelas seperti biasa. Tempat dan waktu yang sama. Jgn lupa bwk kertas dan pensil secukupnya. Format masih sama, 40 soalan objektif untuk tempoh 1 jam.


Bingkisan Matematik
Sistem penumberan yang kita gunakan hari ini dikenali sebagai sistem decimal. Decimal disini membawa maksud bukan sahaja number itu penting, tetapi kedudukan number itu juga penting. Perhatikan number 534 (Lima ratus tiga puluh empat). 534 merupakan kombinasi 3 number iaitu 5, 3 dan 4. Disebabkan kita mengunakan sistem kedudukan number maka 5 bukan sahaja digit 5 tetapi sebenarnya bernilai 500. 3 pula ialah 30 dan 4 ialah 4. Dengan nilai nilai sebenar number tersebut boleh la ditulis sebagai 500 + 30 + 4. Namun sistem yg digunakan membenarkan kita menulis dengan lebih mudah iaitu 534.
Sistem kita juga decimal, kerana decimal berdasarkan kenaikan 10. 10 numeral dalam sistem kita ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 0. Sistem ini kira bermula dari 1 sehingga 9 dan seterusnya 10. Seterusnya kenaikan satu tempat sehingga 9 sebelum berpindah ke 10s berikutnya (20). Setiap nilai dalam sistem ini ialah 10 kali dr nilai sebelumnya.
Satu element penting untuk sistem ini berfungsi ialah dgn perkembangan konsep 0 (sifar). Selain golongan Maya di Amerika Tengah, konsep sifar ini hanya dibangunkan oleh orang Hindu di India.  Bila org hindu menggunakan sifar secara tepat tidak diketahui. Mereka diketahui telah mula menggunakan sifar pada 400CE. (Maya telah mula menggunakan sifar sebelum itu lg).
Pada masa yang hampir sama, org Babylon dan Mesir turut sama mempunyai sistem penumberan. Sistem mereka lebih mudah dengan menggunakan tanda "tick" untuk mewakilan nilai number tersebut. (1 tick untuk nilai 1).
Org Greeks dan Hebrews menggunakan huruf untuk mewakilkan number. Contoh org Greeks mewakilkan 1 dari huruf alpha dan theta untuk 9.
Kemudian org Rom turut mempunyai sistem number yang kadang kadang masih kita gunakan seharian tanpa menyedarinya. Org Rom turut menggunakan huruf untuk mewakilkan number mereka. Contohnya I - 1, V -5, X - 10, L - 50, C - 100 dan M - 1000. Org Rom tidak meyusun huruf mereka mengikut nilai sebaliknya menulis dari yang besar ke yg lebih kecil. Contonya 1998 diwakilkan oleh MCMXCVIII. Suatu sistem yg agak rumit untuk dipaham dan digunakan untuk urusan setiap hari.
Namun kita sebenarnya menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh org hindu dan kemudian dibangunkan semula untuk kita org orang arab.
Dua org tokoh besar yg memberi sumbangan besar didalam bidang ini ialah Al-Khawarizmi dan Al-Kindi.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...