04 April 2011

Taklimat dan suai kenal bersama Ketua Balai Polis Klang Utara

Hari ni berlangsung sesi taklimat keselamatan bersama Pasukan Polis PDRM IPD Klang bersama dengan JKKK batu 4 dan penduduk taman kembara 1. Program ini telah diadakan pada hari sabtu, 2 April 2011 bertempat di pondok kawalan Taman Kembara 1 iaitu dibahagian hadapan taman. Turut terlibat dalam program ini ialah Ketua Kampung batu 4 iaitu Hj Samsidi dan Jabatan Perpaduan Daerah Klang.
Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Bakar dan pasukan beliau kerana sudi untuk menghadirkan diri dan memberikan taklimat kepada semua penduduk. Kerjasama sebegini diharapkan dapat meningkatkan tahap keselamatan kepada semua penduduk Taman Kembara 1 dan kepada semua penduduk Jalan Genting 3.











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...