17 March 2014

Doa Untuk Saudara Azmi

Taman telah dikejutkan dengan kehadiran sebuah Ambulans sekitar pukul 1.45 ptg hari ini. Kehadiran ambulan tersebut sebagai maklum balas daripada panggilan kecemasan yang telah dilakukan oleh En. Khassim lebih kurang pada pukul 1.20 ptg. Panggilan kecemasan yang dilakukan oleh En. Khassim adalah kerana jiran sebelah kanan rumah beliau iaitu En. Azmi telah mengadu sesak nafas dan sakit dada. En. Azmi merupakan Pengerusi PPTK1 pada ketika ini. 
15 minit kemudian, Ambulan tersebut bergerak meninggalkan taman menuju ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang. Disana, beliau telah dimasukkan ke Zon Kritikal dibawah pengawasan intensif doktor. Beberapa ahli keluarga beliau, termasuk isteri beliau Kak Ida, anak anak beliau, ibu, abang dan adik beliau kelihatan berada di pintu luar zon kritikal tersebut. Terdapat beberapa orang penduduk dari TK1 turut bersempatan untuk melawat beliau hari ini.  Beliau diberitakan masih mampu bersembang dan mengukir senyuman walaupun diletakkan di Zon Kritikal. Setelah agak stabil, beliau dipindahkan ke wad 8A di hospital yang sama. Sehingga posting ini ditulis, En. Azmi masih berada di wad 8A, Hospital Ampuan Rahimah Klang. 
Sebagai orang Islam dan ahli PPTK1, marilah bersama kita berdoa meminta keampunan dari Allah agar En Azmi dikurniakan kesembuhan dan kesihatan dengan segera dan dipermudahkan oleh Allah SWT apa jua urusan beliau dan keluarga beliau pada ketika ini.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...