10 March 2014

Buletin Kembara 1 Bil : 1/2014

Sepanjang minggu lepas dimana beberapa aktiviti telah dijalankan dan berlaku di Taman Kembara 1. Walaupun keadaan jerebu masih belum hilang, penduduk masih menjalankan aktiviti seperti biasa. Berita catuan air yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa, tidak melibatkan Taman Kembara 1 dan bekalang air ada seperti biasa.
Pada hari Sabtu dan Ahad, pihak kontraktor penyelenggaraan taman telah membersihkan kawasan taman dengan mengutip daun kering dan memotong rumput disemua bahagian taman permainan TK1. Taman permainan yang bersih menjamin anak anak TK1 beriadah dengan lebih selamat dan sihat. 
Untuk makluman semua penduduk TK1, satu penghadang telah dibina diantara padang permainan TK1 dan parit  bertujuan menghalang sebarang bentuk kenderaan dari melintasi kawasan padang. Jika dilihat senario semasa, terdapat satu bentuk laluan dipadang hasil daripada lalu lintas kenderaan motor sebelum penghadang ini dibina. Penduduk dan semua yang menggunakan kawasan padang sebagai laluan pintas agar tidak lagi berbuat demikian. Ini bagi mengekalkan keadaan padang supaya terus berumput dan mengelakkan daripada berlaku kemalangan sekiranya motor mengunakan padang ketika padang digunakan oleh kanak kanak bermain.



Pihak PPTK1 jugak telah menyelenggara penyaman udara dalam Pusat Komuniti PPTK1. Penyaman udara telah selamat digunakan tanpa "trip" dan suhu yang lebih nyaman. Biro wanita boleh meneruskan kelas tawjid dengan lebih selesa dan selamat. Pembaikan semula pada flip cover penyaman udara akan dilakukan kemudian.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...