08 March 2014

Perjumpaan wakil PPTK1 dengan Ketua Kampung Batu 4

Satu perjumpaan diantara wakil PPTK1 dengan Ketua Kampung Batu 4 iaitu Hj Samsidi Hj Sudri telah berlangsung pada Khamsi malam Jumaat lepas iaitu 6/3/2014. Perjumpaan tersebut berlangsung di kediaman Hj Samsidi di Jalan Genting 3. 
Fokus utama perjumpaan kali ini adalah untuk membincangan program terkini yang akan dianjurkan oleh PPTK1 dalam masa terdekat ini. Program yang dimaksudkan ialah program bersama anak yatim. Program ini dijadualkan akan dilaksanakan sekitar bulan March. Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya tarikh program, jemputan VIP yang sesuai, kawasan sasaran anak yatim dan budget program. Turut disertakan satu surat makluman program ini. Beberapa maklum balas dan respon telah diberikan oleh Hj Samsidi melaksanakan lagi program.
Perhargaan ucapan terima kasih kami kepada Hj Samsidi kerana dapat meluagkan masa bersama dengan pihak PPK1 pada malam ini. InshaaAllah cadangan dan saranan Hj akan kami cuba laksanakan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...